Mufradat Mukasurat 5 (47 Mufradat Baru)
Ayat 2:25
Mufradat 199: ِkalimah بَشِّر adalah dalam bentuk fi’il amr yang bermaksud ‘berilah berita gembira‘.
Kalimah ini di dalam bentuk Wazan II (فعّل).
Kata dasar: ب ش ر yang bermaksud kulit, kecantikan, berita gembira, tidur bersama, golongan manusia.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 123 kali di dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk. Bentuk-bentuk yang lain:
2:25 بَشِّرِ (beri berita gembira)
2:97 بُشرَى (berita gembira)
2:119 بَشِيرًا (sebagai pembawa berita gembira)
2:187 بَاشِرُوا (berhubungan badan)
2:187 تُبَاشِرُوا (berhubungan badan)
2:213 مُبَشِّرينَ (pembawa berita gembira)
3:47 بَشَرَ (lelaki)
3:39 يُبَشِّرُ (memberi berita gembira)
3:170 يَستَبشِرونَ (mereka menerima berita gembira)
5:19 بَشِيرٍ (pembawa berita gembira)
7:57 بُشرًا (berita gembira)
9:111 استَبشِروا (bergembiralah kamu)
11:27 بَشَرًا (seorang lelaki)
15:54 تُبَشِّرُونَ (kamu beri berita gembira)
16:58 بُشِّرَ (diberi berita gembira)
17:10 مُبَشِّرًا (pembawa berita gembira)
23:47 بَشَرَينِ (dua orang lelaki)
30:46 مُبَشِّراتٍ (pembawa berita gembira)
41:30 أبشِرُوا (terimalah beri gembira)
80:39 مُستَبشِرَةٌ (orang yang bergembira dengan berita)
Mufradat 200: kalimah عَمِلُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak bagi عمل yang bermaksud ‘telah beramal‘, ‘telah melakukan sesuatu‘.
Kalimah ‘amal’ juga digunakan dalam bahasa Melayu kita.
Kata dasar: ع م ل yang bermaksud melakukan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 360 kali di dalam Al-Qur’an dalam 4 bentuk.
Mufradat 201: kalimah صٰلِحَت adalah dalam bentuk isim jamak bagi صالح yang bermaksud ‘baik‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 96 (Baqarah:11): ص ل ح yang bermaksud: baik, jujur, menjadikan sesuatu itu baik, mengubah ke arah kebaikan, amalan yang baik, nama seorang Nabi (Nabi Saleh). Dari kata dasar inilah kita seorang dengar ‘orang soleh’.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 180 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Mufradat 202: kalimah َّأَن adalah dalam bentuk harf yang bermaksud ‘bahawa‘.
Kalimah ini digunakan sebanyak 362 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 203: kalimah جَنّٰت adalah dalam bentuk isim jamak bagi جَنَّة yang bermaksud ‘taman‘. Jadi جَنّٰت bermaksud ‘taman-taman‘.
Kita selalu terjemahkan sebagai ‘syurga’ kerana syurga itu digambarkan dalam bentuk taman yang indah.
Kata dasar: ج ن ن yang bermaksud tersembunyi, tidak nampak dengan pandangan, jadi gelap, kegelapan malam, gila, keliru, taman yang tebal, makhluk yang tersembunyi seperti jin dan malaikat, menjadi lemah dan lain-lain.
Dari kata dasar ini kita gunakan untuk jannah, jin, janin, majnun dan lain-lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 201 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Mufradat 204: kalimah تَجرِى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘berlari‘ atau ‘mengalir‘. Kalau air, tentulah ia tidak berlari, tapi ia ‘mengalir’.
Kata dasar: ج ر ي yang bermaksud mengalir, berlari laju, berusaha untuk mencapai sesuatu kehendak, terjadi sesuatu, dan lain-lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 64 kali di dalam Al-Qur’an dalam 5 bentuk.
Mufradat 205: kalimah ِتَحت adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘di bawah‘ sesuatu.
Kata dasar: ت ح ت yang bermaksud yang di bawah, bahagian bawah, rendah dari segi kualiti, air kotor, bahagian landai dari gunung, lawan kepada atas.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 51 kali di dalam Al-Qur’an dan di dalam bentuk ini sahaja.
Mufradat 206: kalimah أنهٰر adalah dalam bentuk isim jamak bagi َنَهَر yang bermaksud ‘sungai‘.
Kata dasar: ن ه ر yang bermaksud mengalirkan air, tidak suka, melawan, memarahi, mengalir dengan banyak, siang, waktu cerah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 113 kali di dalam Al-Qur’an di dalam 3 bentuk.
Kalimah نَهَرٍ dan الأنهٰر digunakan sebanyak 54 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 207: kalimah كُلَّما adalah dalam bentuk isim dzarf zaman yang bermaksud ‘setiap kali‘.
Kalimah كُلَّمَا digunakan sebanyak 15 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 208: kalimah رُزِقُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak mabni majhul (pasif) yang bermaksud ‘mereka diberi rezeki‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 43 (Baqarah:3): ر ز ق yang bermaksud memberikan, membekalkan, beri, kurnia.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 123 kali di dalam Al-Qur’an dalam 4 bentuk.
Mufradat 209: kalimah هٰذا adalah dalam bentuk isim yang dipanggil ismul isyaarah (اسم اشارة) yang bermaksud ‘inilah‘.
Mufradat 210: kalimah أُتُوا adalah bentuk fi’il madhi mabni majhul jamak yang bermaksud ‘mereka telah diberikan‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 181 (Baqarah:23): أ ت ي yang bermaksud datang, kejar, bawa ke hadapan, tunjuk, bertambah, mengeluarkan, bawa, bayar.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Mufradat 211: kalimah مُتَشٰبِهًا adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘menyerupai‘, ‘hampir sama‘.
Ia di dalam bentuk Wazan VI (تفاعل).
Kata dasar: ش ب ه yang bermaksud menyerupai sesuatu, membandingkan dengan sesuatu, sesuatu yang tidak jelas.
Mungkin anda pernah dengar istilah ‘ayat-ayat mutashabihaat’ dan ‘tasyabbuh’ digunakan dalam perbincangan agama.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Qur’an dalam 4 bentuk. Bentuk-bentuk yang lain:
2:70 تَشابَهَ
2:118 تَشابِهًت
3:7 مُتَشَابِهاتٌ
4:157 شُبِّهَ
6:99 مُشْتَبِهًا
6:99 مُتَشَابِهٍ
6:141 مُتَشَابِهًا
Mufradat 212: kalimah أَزوٰج adalah dalam bentuk isim jamak bagi زَوْج yang bermaksud ‘pasangan‘.
Kata dasar: ز و ج yang bermaksud pasangan, perkahwinan, suami atau isteri.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali di dalam Al-Qur’an dalam 2 bentuk.
Kalimah ini digunakan sebanyak 76 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 213: kalimah مُطَهَّرَةٌ adalah dalam bentuk isim mabni majhul (pasif) yang bermaksud ‘disucikan‘.
Ia di dalam bentuk Wazan II (فعّل).
Kata dasar: ط ه ر yang bermaksud menjadi bersih, menjadi suci, basuh, menahan diri, penyucian.
Kalau kita belajar feqah, topik pertama adalah ‘Taharah’ dan ini diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali di dalam Al-Qur’an. Bentuk-bentuk lain:
2:125 طَهِّرَا (kamu berdua menyucikan)
2:222 تَطَهَّرْنَ (mereka telah menyucikan)
2:222 مُتَطَهِّرِينَ (orang-orang yang menyucikan diri mereka)
2:232 أَطْهَرُ (lebih suci)
3:42 طَهَّرَ (dia telah menyucikan)
3:55 مُطَهِّرُ (penyucian)
5:6 اطَّهَّرُوا (kamu sucikanlah dirimu)
5:6 يُطَهِّرَ (dia menyucikan)
7:82 يَتَطَهَّرُونَ (mereka menjaga kebersihan diri mereka)
9:103 تُطَهِّرُ (dia menyucikan)
9:108 يَتَطَهَّرُوا (mereka menyucikan diri mereka)
9:108 مُطَّهِّرِينَ (orang-orang yang menyucikan diri mereka)
22:26 طَهِّرْ (engkau sucikanlah)
25:48 طَهُورًا (yang suci bersih)
33:33 تَطْهِيرًا (kebersihan)
56:79 مُطَهَّرُونَ (orang-orang yang disucikan)
Mufradat 214: kalimah خَـٰلِدُونَ adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘kekal‘.
Kata dasar: خ ل د yang bermaksud kekal, terus duduk di sesuatu tempat, menghiasi seseorang dengan barang perhiasan, diberikan dengan kekuatan badan yang kekal.
Mungkin kita pernah dengar nama ‘Pokok Khuldi’ (Pokok Kekal) iaitu kononnya nama pokok yang dimakan oleh Nabi Adam di syurga (setelah ditipu oleh Iblis). Nama ‘khuldi’ itu diambil dari kata dasar ini. Tapi kerana nama itu diberikan oleh Iblis, maka kita tidak boleh menggunakannya.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 87 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Kalimah ini digunakan sebanyak 74 kali di dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:26
Mufradat 215: ِkalimah يَستَحى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘malu‘.
Kata dasar: ح ي ي yang bermaksud hidup, menjadi malu, berjaga malam, membajai tanah, mengekalkan seseorang terus hidup, menyelamatkan nyawa seseorang, menjaga maruah.
Kalimah ‘hayat’ diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 184 kali di dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.
Mufradat 216: kalimah أَن adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘untuk‘.
Kalimah ini digunakan sebanyak 578 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 217: kalimah يَضرِب adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘membuat perbandingan‘.
Kata dasar: ض ر ب yang bermaksud mengubati, pukul, buat perbandingan, pergi, mengembara, mencampurkan, mengelak, ambil sesuatu, tutup sesuatu, menyebut, keadaan, membandingkan, mencari jalan, buat ketetapan dan lain-lain lagi.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 58 kali di dalam Al-Qur’an dalam 2 bentuk.
Mufradat 218: kalimah مَثَلًا adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘contoh‘, ‘misalan‘. Lebih kurang sama penggunaannya dalam Bahasa Melayu juga.
Kata dasar sama dengan Mufradat 122 (Baqarah:17): م ث ل yang bermaksud tegak, memotong atau menyembelih, menetapkan sesuatu, menggunakan perbandingan, dalam keadaan sihat, ikut perintah, menyerupai sesuatu.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 169 kali dalam Al-Qur’an dalam 7 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah َمَثَل seperti digunakan dalam Baqarah:17
Kalimah ِمِثل seperti digunakan dalam Baqarah:23
Dan sekarang kita lihat pula kalimah مَثَلًا dalam ayat ini.
Mufradat 219: kalimah بَعُوضَة adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘nyamuk‘.
Kata dasar: ب ع ض yang bermaksud langau, nyamuk, menyengat, diganggu oleh nyamuk, membahagikan sesuatu kepada bahagian masing-masing, sesuatu arahan yang mustahil dikenakan kepada seseorang.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 158 kali dalam Al-Qur’an dalam 2 bentuk.
Kalimah بَعُوضَة hanya digunakan sekali sahaja di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 220: kalimah َفَوق adalah dalam bentuk isim dzarf makan yang bermaksud ‘di atas‘.
Kata dasar: ف و ق yang bermaksud lebih tinggi dari segi kedudukan, mengatasi, melepasi, atas, lebih, tinggi, sembuh dari sakit, jaga dari tidur, ingat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 43 kali dalam Al-Qur’an dalam 3 bentuk.
Mufradat 221: kalimah أمَّا adalah dalam bentuk harf yang bermaksud ‘ada pun‘. Selalunya ditambah dengan ف atau و menjadi فأما (maka ada pun) dan وأما (dan ada pun).
Kalimah أمَّا ini digunakan sebanyak 44 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 222: kalimah حَق adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘kebenaran‘.
Kata dasar: ح ق ق yang bermaksud betul, tepat, bernilai, patut, asli, fakta, kebenaran, sesuai, pasti.
Kita pun biasa menggunakan kalimah hak-hak di dalam bahasa Melayu.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 287 kali dalam Al-Qur’an dalam 7 bentuk.
Kalimah حَق digunakan sebanyak 242 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 223: kalimah يَقُولُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak yang bermaksud ‘mereka berkata‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 71 (Baqarah:8): ق و ل yang bermaksud: berkata, digelar, perkataan, sebutan, ucapan, menyampaikan, pendapat dan lain-lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 1,722 kali di dalam Al-Qur’an di dalam 6 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah يَقُول (dia berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:8
Kalimah قِيلَ (dikatakan) seperti digunakan dalam Baqarah:11
Kalimah قَالُوا (dia telah berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:11
Dan sekarang kita belajar kalimah يَقُولُونَ yang bermaksud ‘mereka berkata’. Ia sama seperti kalimah يَقُول tapi cuma ditambah dengan huruf ون yang menjadikannya jamak (mereka).
Mufradat 224: kalimah مَاذَا adalah dalam bentuk isim yang dipanggil isim istifham اسم استفهام yang bermaksud ‘apa‘. Ia selalunya dalam bentuk soalan: apa?
Kalimah مَاذَا ini digunakan sebanyak 26 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 225: kalimah أَرَاد adalah dalam bentuk fi’il madhi yang bermaksud ‘berkehendak’, ‘mahu’.
Ia di dalam bentuk Wazan IV (افعل).
Kata dasar: ر و د yang bermaksud mencari, tanya dengan lembut, berpusing-pusing, kehendak, keinginan, menggoda, mengendeng (meminta-minta),
Dari kata dasar ini, kita selalu dengar kalimah ‘iradah Allah’, iaitu kehendak Allah. Kalau orang bernama Ruwaidah diambil dari kata dasar inilah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 148 kali dalam Al-Qur’an dalam 3 bentuk.
Mufradat 226: kalimah ُّيُضِل adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘dia menyesatkan‘.
Ia di dalam bentuk Wazan IV (افعل).
Kata dasar sama seperti Mufradat 30 (Fatihah:7): ض ل ل yang bermaksud sesat, kehilangan sesuatu, keliru, tersorok, sedang merosak, tanah yang keras.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 191 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah ضَّآلِّين (orang-orang yang sesat) seperti digunakan dalam Fatihah:7
Kalimah ضَلٰلَة (kesesatan) seperti digunakan dalam Baqarah:16
Dan sekarang kita belajar kalimah ُّيُضِل (dia menyesatkan).
Mufradat 227: kalimah كَثِيرًا adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘banyak‘.
Kata dasar: ك ث ر yang bermaksud melebihi dari segi bilangan, meningkat, berganda, selalu berlaku, banyak, tidak terkira.
Nama seperti Ibn Kathir diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 167 kali di dalam Al-Qur’an dalam 10 bentuk.
Mufradat 228: kalimah يَهدِى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘dia memberi petunjuk‘.
Kata dasar adalah sama dengan Mufradat 18 (Fatihah:6): ه د ي yang bermaksud menunjuk jalan, ikut jalan yang benar, jalan yang benar, hadiah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 316 kali di dalam Al-Qur’an dalam 12 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah اِهدِى (berilah petunjuk) seperti digunakan dalam Fatihah:6
Kalimah هُدًى (petunjuk) seperti digunakan dalam Baqarah:2
Dan sekarang kita tengok kalimah يَهدِى (dia memberi petunjuk).
Mufradat 229: kalimah فٰسِقِِين atau فاسِقِِين adalah dalam bentuk isim jamak bagi فاسق iaitu ‘orang yang fasiq‘.
Kata dasar: ف س ق yang bermaksud tidak taat, sesat, melanggar perintah, tidak teratur, menjadi jahat, melakukan dosa.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 54 kali di dalam Al-Qur’an dalam 4 bentuk.
Ayat 2:27
Mufradat 230: kalimah يَنقُضُون adalah adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak bagi ينقض dan ia bermaksud ‘mereka memecahkan‘.
Kata dasar: ن ق ض yang bermaksud menarik jatuh, memecahkan, meleraikan sesuatu yang telah terikat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali di dalam Al-Qur’an dalam 3 bentuk.
Mufradat 231: kalimah َعَهد adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘perjanjian‘.
Kata dasar: ع ه د yang bermaksud bersumpah, perjanjian, kontrak, syarat, wasiat, tanggungjawab, gerenti, masa, zaman, kebenaran, persahabatan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 46 kali di dalam Al-Qur’an. Bentuk-bentuk lain:
2:80 عَهْدًا (satu perjanjian)
2:100 عَاهَدُوا (mereka telah mengambil perjanjian)
2:125 عَهِدْنَا (kami telah buat perjanjian)
3:183 عَهِدَ (telah buat perjanjian)
8:56 عَهْدَهُمْ (engkau telah buat perjanjian)
9:75 عَاهَدَ (telah buat perjanjian)
36:60 أَعْهَدْ (aku buat perjanjian)
Mufradat 232: kalimah بَعد adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘selepas‘.
Kalau dalam ceramah agama, selepas penceramah baca beberapa ayat pembuka bicara, dia akan sebut amma ba’du. Maksudnya: ‘Maka selepas ini’.
Kata dasar: ب ع د yang bermaksud menjadi jauh, menjauhkan diri, dijauhkan, jarak yang besar, keputusan yang baik.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 235 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Mufradat 233: kalimah مِيثَـٰقِ atau مِيثاق adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘peneguhan‘, ‘telah disahkan‘. Ini seperti perjanjian yang telah sah. Perjanjian yang telah dibuat, telah diteguhkan.
Kata dasar: و ث ق yang bermaksud meletakkan kepercayaan kepada seseorang, bergantung kepada seseorang, ikat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 34 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Mufradat 234: kalimah يَقطَعُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak bagi يقطع yang bermaksud ‘dia sedang memotong‘.
Kata dasar: ق ط ع yang bermaksud potong, memisahkan, meninggalkan, tidak meneruskan, menarik diri, rosak, memendekkan, memberhentikan.
Kalimah seperti huruf muqatta’ah seperti alim lam mim dalam Surah Baqarah diambil dari kata dasar ini. Ia bermaksud huruf yang dipotong-potong.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 36 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Mufradat 235: kalimah َأَمَر adalah dalam bentuk fi’il madhi yang bermaksud ‘telah perintah‘.
Kalau kita belajar nahu, kita akan belajar fi’il amr (kata perintah / arahan).
Kata dasar: أ م ر yang bermaksud perintah, kuasa, nasihat, mengepalai.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 248 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Mufradat 236: kalimah َيُوصَل adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ mabni majhul yang bermaksud ‘disuruh untuk menyambungkan‘.
Kata dasar: و ص ل yang bermaksud mendapat, sampai, menyambung, menggunakan, menutup, datang, meneruskan, penggabungan.
Kalau belajar tajwid, mungkin ada berjumpa dengan kalimah ‘hamzah wasal’ iaitu huruf hamzah yang menjadi penyambung.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Qur’an dalam 3 bentuk.
Mufradat 237: kalimah يُفسِدُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak yang bermaksud ‘mereka melakukan kerosakan‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 91 (Baqarah:11): ف س د yang bermaksud: berbuat jahat, berbuat kerosakan, reput, jadi buruk, salah dan lain-lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 50 kali di dalam Al-Qur’an.
Kalimah الْمُفْسِدَ digunakan sebanyak 21 kali di dalam Al-Qur’an dalam 4 bentuk.
Jadi kita sudah lihat beberapa contoh dari kata dasar ini:
Kalimah تُفسِدُوا (kamu melakukan kerosakan) seperti di dalam Baqarah:11
Kalimah مُفسِدُونَ (orang-orang yang melakukan kerosakan) seperti di dalam Baqarah:12
Dan sekarang kita lihat kalimah يُفسِدُونَ (mereka melakukan kerosakan) dalam ayat ini.
Mufradat 238: kalimah خٰسِرُون atau خاسِرُون adalah dalam bentuk isim jamak bagi خاسر iaitu ‘orang yang rugi‘.
Kata dasar: خ س ر yang bermaksud mendapat rugi, ditipu, sesat dari jalan yang benar, mati, menjadikan sesuatu rosak, merosakkan sesuatu, mengeluarkan seseorang, menipu, tidak taat, tidak bersyukur, lemah, menolak jemputan seseorang.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 65 kali di dalam Al-Qur’an dalam 10 bentuk.
Ayat 2:28
Mufradat 239: kalimah َكَيف adalah dalam bentuk isim istifham yang bermaksud ‘bagaimana‘.
Kata dasar: ك ي ف yang bermaksud ‘bagaimana’.
Kita selalu gunakan perkataan ‘kaifiat’ yang diambil dari kata dasar ini. Kaifiat bermaksud bagaimana cara melakukan sesuatu ibadat itu. Sebagai contoh kaifiat mengerjakan solat Hari Raya.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 83 kali di dalam Al-Qur’an dan di dalam bentuk ini sahaja.
Mufradat 240: kalimah تَكفُرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak yang bermaksud ‘kamu sedang kufur‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 55 (Baqarah:6): ك ف ر yang bermaksud menutup, menyorokkan, menolak, ingkar, tidak percaya, tidak berterima kasih, tidak beriman, kuda hitam, malam yang gelap, petani.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 525 kali dalam Al-Qur’an dalam 14 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah كَفَرُوا (telah kufur) dalam Baqarah:6
Kalimah كافِرِين (orang-orang kufur) dalam Baqarah:19
Dan sekarang kita lihat kalimah تَكفُرُونَ (kamu sedang kufur).
Mufradat 241: kalimah أموٰتا atau أمواتا adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘dalam keadaan mati‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 148 (Baqarah:19): م و ت yang bermaksud mati, meninggalkan dunia, tidak ada nyawa, tidak ada deria, tidak ada akal, duduk dalam keadaan senyap tidak bergerak, tenang, tidur, tanah yang kering, barang yang sudah lusuh, menjadi miskin, tidak ada semangat hidup.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 165 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah مَوتِ (kematian) di dalam Baqarah:19
Dan sekarang kita lihat kalimah أموٰتا (dalam keadaan mati).
Mufradat 242: kalimah أحيَا adalah dalam bentuk fi’il madhi yang bermaksud ‘telah menghidupkan‘.
Kata dasar sama seperti Mufradat 201 (Baqarah:26): ح ي ي yang bermaksud hidup, menjadi malu, berjaga malam, membajai tanah, mengekalkan seseorang terus hidup, menyelamatkan nyawa seseorang, menjaga maruah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 165 kali di dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah يَستَحى (malu) dalam Baqarah:26
Dan sekarang kita lihat kalimah أحيَا (telah menghidupkan)
Mufradat 243: kalimah َّثُم adalah dalam bentuk harf yang bermaksud ‘kemudian‘. Iaitu berlaku sesuatu selepas sesuatu. Ia dipanggil harf athof (huruf penyambung)
Kalimah ini digunakan sebanyak 338 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 244: kalimah يُمِيتُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘dia mematikan‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 148 (Baqarah:19): م و ت yang bermaksud mati, meninggalkan dunia, tidak ada nyawa, tidak ada deria, tidak ada akal, duduk dalam keadaan senyap tidak bergerak, tenang, tidur, tanah yang kering, barang yang sudah lusuh, menjadi miskin, tidak ada semangat hidup.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 165 kali di dalam Al-Qur’an dalam 8 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah مَوتِ (kematian) di dalam Baqarah:19
Kalimah أموٰتا (dalam keadaan mati) di dalam Baqarah:28
Dan sekarang kita lihat kalimah يُمِيتُ (mematikan).
Mufradat 245: kalimah يُحيِي adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘dia menghidupkan‘.
Kata dasar sama seperti Mufradat 201 (Baqarah:26): ح ي ي yang bermaksud hidup, menjadi malu, berjaga malam, membajai tanah, mengekalkan seseorang terus hidup, menyelamatkan nyawa seseorang, menjaga maruah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 165 kali di dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah يَستَحى (malu) dalam Baqarah:26
Kalimah أحيَا (telah menghidupkan) di dalam Baqarah:28
Dan sekarang kita lihat kalimah يُحيِي (dia menghidupkan)
Mufradat 246: kalimah تُرجَعُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ mabni majhul jamak bagi ترجع. Ia bermaksud ‘kamu dikembalikan‘.
Ia di dalam Wazan IV (افعل)
Kata dasar sama dengan Mufradat 128 (Baqarah:18): ر ج ع yang bermaksud pulang, patah balik, menyalahkan seseorang, kembali, ulang, jawab, bawa jawapan, dipulangkan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 104 kali dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah يَرجِعُون (mereka kembali) dalam Baqarah:18
Sekarang kita lihat kalimah تُرجَعُون (kamu dikembalikan).
Ayat 2:29
Mufradat 247: kalimah جَمِيعًا adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘semua sekali‘.
Kata dasar: ج م ع yang bermaksud mengumpulkan, bawa bersama, berkumpul, menggabungkan, solat berjemaah, bersatu pendapat, dan lain-lain.
Kalimat seperti jemaah, masjid jamek, ijtima’, ahli sunnah wal jamaah dan banyak lagi diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 129 kali dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.
Mufradat 248: kalimah استَوَى adalah dalam bentuk fi’il madhi yang bermaksud ‘beralih‘ seperti beralih pandangan.
Ia di dalam format Wazan VIII (افتعل).
Kata dasar sama dengan Mufradat 56 (Baqarah:6): س و ي yang bermaksud bernilai, sama taraf, lengkap, susun, menjadikan sama, sesuai, menyempurnakan sesuatu, meletakkan sesuatu dalam keadaan baik, kukuh, beralih pandangan kepada sesuatu, mendaki, sihat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 83 kali dalam Al-Qur’an dalam 7 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah ٌسَوَآء (sama sahaja) dalam Baqarah:6
Dan sekarang kita lihat kalimah استَوَى (beralih)
Mufradat 249: kalimah سَوَّى di dalam bentuk fi’il madhi yang bermaksud ‘menjadikan sesuatu dalam keadaan sempurna‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 56 (Baqarah:6): س و ي yang bermaksud bernilai, sama taraf, lengkap, susun, menjadikan sama, sesuai, menyempurnakan sesuatu, meletakkan sesuatu dalam keadaan baik, kukuh, beralih pandangan kepada sesuatu, mendaki, sihat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 83 kali dalam Al-Qur’an dalam 7 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah ٌسَوَآء (sama sahaja) dalam Baqarah:6
Kalimah استَوَى (beralih) dalam Baqarah:29
Dan sekarang kita lihat kalimah سَوَّى (menjadikan sesuatu dalam keadaan sempurna)
Mufradat 250: kalimah هُنَّ di dalam bentuk isim dhomir jamak yang membawa maksud ‘mereka wanita‘. Digunakan untuk merujuk kepada kalimah-kalimah yang di dalam bentuk feminin (muannath).
Mufradat 251: kalimah َسَبع adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘tujuh‘.
Kata dasar: س ب ع yang bermaksud tujuh, menjadi tujuh, ke-tujuh, bilangan yang banyak yang tidak semestinya setakat tujuh sahaja.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 252: kalimah سَمـٰوٰتٍ adalah dalam bentuk isim jamak yang bermaksud ‘langit-langit‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 2 (Fatihah:1): س م و yang bermaksud sesuatu yang tinggi, ditinggikan, dinaikkan, nama, sifat, ketinggian, tanda sesuatu untuk dikenali.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 381 kali dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah اسم (nama) dalam Fatihah:1
Kalimah َسَمَاء (langit) dalam Baqarah:19
Dan sekarang kita lihat kalimah سَمـٰوٰتٍ (langit-langit)
Mufradat 253: kalimah عَليم adalah dalam bentuk isim yang bermaksud ‘Mengetahui‘.
Kata dasar sama seperti Mufradat 9 (Fatihah:2): ع ل م yang bermaksud tanda, alam, dunia, pengetahuan, tahu, ilmu.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 854 kali di dalam Al-Qur’an dalam 14 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.
Kalimah عٰلَمين (alam-alam) dalam Fatihah:2
Kalimah َيَعلَمُون (mereka mengetahui) dalam Baqarah:13
Kalimah َتَعلَمُون (kamu mengetahui) dalam Baqarah:22
Dan sekarang kita lihat kalimah عَليم (mengetahui)
Allahu a’lam. Sambung ke muka surat yang seterusnya.
Kemaskini: 29 Ogos 2021