Mufradat Mukasurat 11 (Baqarah 70 – 76)

Mufradat Mukasurat 11 (44 Mufradat  baru)

D998E332-1498-4AF4-907C-93ECBDE6E210

Ayat 2:70 (2 Mufradat Baru)

قالُوا ادعُ لَنا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنا ما هِيَ

إِنَّ البَقَرَ تَشٰبَهَ عَلَينا

وَإِنّا إِن شاءَ اللَّهُ لَمُهتَدونَ

Mufradat 533: kalimah َبَقَرَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘lembu-lembu‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 514 (Baqarah:67): ب ق ر yang bermaksud belah, bukaan, mengkaji, takjub, keliru, penat, lembu atau kerbau, kekayaan yang banyak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali di dalam Al-Qur’an. 

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٌبَقَرَة (seekor lembu betina) dalam Baqarah:67

Dan sekarang kita melihat kalimah َبَقَرَ (lembu-lembu)

 

Mufradat 534: kalimah َتَشٰبَه atau َتَشابَه adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menyerupai‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 211 (Baqarah:25): ش ب ه yang bermaksud menyerupai sesuatu, membandingkan dengan sesuatu, sesuatu yang tidak jelas.

Kita mungkin pernah dengar kalimah tasyabbuh sebelum ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah مُتَشٰبِهًا (‘menyerupai‘, ‘hampir sama‘) dalam Baqarah:25

Dan sekarang kita melihat kalimah َتَشٰبَه atau َتَشابَه (menyerupai)


 

Ayat 2:71 (11 Mufradat Baru)

قالَ إِنَّهُ يَقولُ إِنَّها بَقَرَةٌ لّا ذَلولٌ تُثيرُ الأَرضَ

وَلا تَسقِي الحَرثَ

مُسَلَّمَةٌ لّا شِيَةَ فيها

قالُوا ٱلـَٔـٰنَ جِئتَ بِالحَقِّ

فَذَبَحوها وَما كادوا يَفعَلونَ

Mufradat 535: kalimah ٌذَلُول adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘dilatih‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 476 (Baqarah:61): ذ ل ل yang bermaksud rendah, digantung rendah, bahagian paling bawah, lemah, lembut, terhina, mudah, menurut perintah, rendah diri, melayan dengan lembut, terlatih, boleh diurus, patah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 24 kali di dalam Al-Qur’an dalam 10 bentuk.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ذِلَّةُ (kehinaan) dalam Baqarah:61

Dan sekarang kita melihat kalimah ٌذَلُول (dilatih).

 

Mufradat 536: kalimah ُتُثِير adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muannath dan ia bermaksud ‘ia membajak‘.

Ia di dalam format Wazan IV (أَفْعَلَ)

Kata dasar: ث و ر yang bermaksud naik dan tersebar di udara, terganggu sampai boleh berkelahi, menyerang seseorang, bajak tanah, memecahkan tanah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Rum:9 أَثَارُوا
Aadiya:4 أَثَرْنَ

 

Mufradat 537: kalimah تَسقِى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muannath dan ia bermaksud ‘ia mengairi‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 446 (Baqarah:60): س ق ي yang bermaksud menyirami, minta air minuman, mengairi, bekas minuman.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah استَسقَى (meminta air) dalam Baqarah:60

Dan sekarang kita melihat kalimah تَسقِى (mengairi)

 

Mufradat 538: kalimah ٌحَرث adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ladang‘.

Kata dasar: ح ر ث yang bermaksud bajak dan menuai, menanam, memotong sesuatu, mempelajari sesuatu dengan mendalam, balasan, ganti, benih, isteri, jalan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 14 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimah lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Waqiah:63 تَحْرُثُونَ

 

Mufradat 539: kalimah ٌمُسَلَّمَة adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘tidak cacat‘.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar: س ل م yang bermaksud selamat, membebaskan diri, ucapan selamat, cengkeram, menyerah diri, ikhlas, merendahkan diri, dalam keadaan baik, tidak cacat, lembut, Sulaiman.

Kalimah Islam, selamat, Muslim diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 157 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Baqarah:102 سُلَيْمَانَ
Baqarah:112 أَسْلَمَ
Baqarah:128 مُسْلِمَيْنِ
Baqarah:128 مُسْلِمَةً
Baqarah:131 أَسْلِمْ
Baqarah:132 مُسْلِمُونَ
Baqarah:208 السِّلْمِ
Baqarah:233 سَلَّمَ
Ali Imran:20 أَسْلَمُوا
Ali Imran:67 مُسْلِمًا
Nisa’:65 يُسَلِّمُوا
Nisa’:65 تَسْلِيمًا
Maidah:3 الْإِسْلَامَ
An’am:35 سُلَّمًا
An’am:54 سَلَامٌ
An’am:71 نُسْلِمَ
A’raf:126 مُسْلِمِينَ
Hud:69 سَلَامًا
Nahl:81 تُسْلِمُونَ
Hajj:34 أَسْلِمُوا
Nur:61 سَلِّمُوا
Nur:27 تُسَلِّمُوا
Syuara’:89 سَلِيمٍ
Luqman:22 يُسْلِمْ
Ahzab:35 الْمُسْلِمَاتِ
Saffat:26 مُسْتَسْلِمُونَ
Saffat:103 أَسْلَمَا
Zumar:29 سَلَمًا
Ghafir:66 أُسْلِمَ
Fath:14 يُسْلِمُونَ
Thur:38 سُلَّمٌ
Qalam:43 سَالِمُونَ

 

Mufradat 540: kalimah َشِيَة adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘belang‘. Maksudnya warna itu penuh, tidak berbelang dengan warna lain.

Kata dasar: و ش ي yang bermaksud mencelup warna kain, berbagai warna.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 1 kali sahaja di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 541: kalimah َالئٰن adalah dalam bentuk isim dzarf zaman dan ia bermaksud ‘sekarang‘.

Katadasar: ا ي ن dan digunakan sebanyak 33 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimah الْآنَ ini digunakan sebanyak 8 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Baqarah:115 أَيْنَمَا
Baqarah:148 أَيْنَ
A’raf:187 أَيَّانَ

 

Mufradat 542: kalimah َجِئت adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘engkau telah datang‘.

Kata dasar: ج ي ا yang bermaksud datang, melakukan, mengeluarkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 278 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Baqarah:87 جَاءَ
Baqarah:209 جَاءَتِ
Ali Imran:184 جَاءُو
An’am:94 جِئْتُمُو
Maryam:23 أَجَاءَ
Zumar:69 جِاىءَ

 

Mufradat 543: kalimah ذَبَحُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah sembelih‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 383 (Baqarah:49): ذ ب ح yang bermaksud memotong, menyembelih tengkuk, tinggal, qurban, membuka, parit, mangsa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah يُذَبِّحُون (mereka menyembelih) dalam Baqarah:49

Kalimah تَذْبَحُوا (kamu sembelih) dalam Baqarah:67

Dan sekarang kita melihat kalimah ذَبَحُوا (mereka telah sembelih)

 

Mufradat 544: kalimah كَادُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah hampir-hampir‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 153 (Baqarah:20): ك و د yang bermaksud dekat, hampir akan berlaku.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 24 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah يكاد (dia hampir-hampir) di dalam Baqarah:20

Dan sekarang kita melihat kalimah كَادُوا (mereka telah hampir-hampir)

 

Mufradat 545: kalimah يَفعَلُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka melakukan‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 193 (Baqarah:24): ف ع  ل yang bermaksud melakukan sesuatu, telah melakukan, menerima akibat dari perbuatan, kebiasaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 108 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk. 

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah تَفعَلُوا (kamu melakukan) dalam Baqarah:24

Kalimah اِفعَلُوا (kalian buatlah) dalam Baqarah:68

Dan sekarang kita melihat kalimah يَفعَلُونَ (mereka melakukan)


 

Ayat 2:72 (3 Mufradat Baru)

وَإِذ قَتَلتُم نَفسًا

فَٱدَّٲرَٲٔتُم فيها

وَاللَّهُ مُخرِجٌ مّا كُنتُم تَكتُمونَ

Mufradat 546: kalimah قَتَلتُم adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘kamu telah membunuh‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 412 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kalian bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Dan sekarang kita melihat kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh)

 

Mufradat 547: kalimah اِدٰرَءتُم adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘kalian telah bertelagah‘.

Ia di dalam format Wazan VI (تفاعل)

Kata dasar: د ر ا yang bermaksud menolak, melencong, menangguh, melepasi, berlawan, berkelahi, tidak bersetuju.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat lain yang menggunakan katadasar yang sama:

Ali Imran:168 ادْرَءُوا
Ra’d:22 يَدْرَءُونَ
Nur:24 يَدْرَؤُا

 

Mufradat 548: kalimah ٌمُخرِج adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang mengeluarkan‘.

Ia di dalam format Wazan IV (افعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 175 (Baqarah:22): خ ر ج yang bermaksud keluar, mengasingkan diri, meninggalkan, menentang, mengajar, buat perjanjian, dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 182 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah أخرَجَ (dia telah mengeluarkan) dalam Baqarah:22

Kalimah يُخرِج (dia mengeluarkan) dalam Baqarah:61

Dan sekarang kita melihat kalimah ٌمُخرِج (yang mengeluarkan)


 

Ayat 2:73 (4 Mufradat Baru)

فَقُلنَا اضرِبوهُ بِبَعضِها

كَذٰلِكَ يُحيِي اللَّهُ المَوتىٰ

وَيُريكُم ءَايَـٰتِهِ

لَعَلَّكُم تَعقِلونَ

Mufradat 549: kalimah اضْرِبُوا adalah dalam bentuk fi’il amar jamak dan ia bermaksud ‘kalian pukullah‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 217 (Baqarah:26): ض ر ب yang bermaksud mengubati, pukul, buat perbandingan, pergi, mengembara, mencampurkan, mengelak, ambil sesuatu, tutup sesuatu, menyebut, keadaan, bandingkan, mencari jalan, buat ketetapan dan lain-lain lagi.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 58 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah يَضرِب (membuat perbandingan) dalam Baqarah:26

Kalimah اضرِب (pukullah) dalam Baqarah:60

Kalimah ضُرِبَت atau ضُرِب (telah ditimpakan) dalam Baqarah:61

Dan sekarang kita melihat kalimah اضْرِبُوا (kamu pukullah)

 

Mufradat 550: kalimah َكَذٰلِك bermaksud ‘maka begitulah’. Harf ك bermaksud ‘seperti‘. Dan kalimah ذَٰلِكَ telah digunakan dalam Mufradat 31 (Baqarah:2).

 

Mufradat 551: kalimah ِيُحى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menghidupkan‘.

Kata dasar sama seperti Mufradat 218 (Baqarah:26): ح ي ي yang bermaksud hidup, menjadi malu, berjaga malam, membajai tanah, mengekalkan seseorang terus hidup, menyelamatkan nyawa seseorang, menjaga maruah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 184 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah يَستَحى (malu) dalam Baqarah:26

Kalimah أحيَا (telah menghidupkan) dalam Baqarah:28

Kalimah يُحيِي (dia menghidupkan) dalam Baqarah:28

Kalimah يَستَحيُون (membiarkan hidup) dalam Baqarah:49

Dan sekarang kita melihat kalimah ِيُحى (dia menghidupkan)

 

Mufradat 552: kalimah مَوتَى adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang mati‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 150 (Baqarah:19): م و ت yang bermaksud mati, meninggalkan dunia, tidak ada nyawa, tidak ada deria, tidak ada akal, duduk dalam keadaan senyap tidak bergerak, tenang, tidur, tanah yang kering, barang yang sudah lusuh, menjadi miskin, tidak ada semangat hidup.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 165 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah مَوتِ (kematian) di dalam Baqarah:19

Kalimah أموٰتا (dalam keadaan mati) di dalam Baqarah:28

Kalimah يُمِيتُ (mematikan) dalam Baqarah:28

Kalimah مَوتِ adalah (kematian) dalam Baqarah:56

Dan sekarang kita melihat kalimah مَوتَى (yang mati)

 

Mufradat 553: kalimah يُرِي adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dia menunjukkan‘.

Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 417 (Baqarah:55): ر أ ي yang bermaksud melihat, berfikir, pendapat, menghakimi, mengetahui, mimpi, menunjuk-nunjuk.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 328 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah نرى (kami melihat) dalam Baqarah:55

Dan sekarang kita melihat kalimah يُرِي (dia menunjukkan)

 

Tahniah, anda telah tahu 53,138 (68%) dari kalimat di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:74 (12 Mufradat Baru)

ثُمَّ قَسَت قُلوبُكُم مِّن بَعدِ ذٰلِكَ

فَهِيَ كَالحِجارَةِ أَو أَشَدُّ قَسوَةً

وَإِنَّ مِنَ الحِجارَةِ لَما يَتَفَجَّرُ مِنهُ ٱلأَنهَـٰرُ‌ۚ

وَإِنَّ مِنها لَما يَشَّقَّقُ فَيَخرُجُ مِنهُ الماءُ

وَإِنَّ مِنها لَما يَهبِطُ مِن خَشيَةِ اللَّهِ

وَمَا اللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

Mufradat 554: kalimah قَسَت adalah dalam bentuk fi’il madhi (muannath) yang bermaksud ‘telah keras‘.

Katadasar: ق س و yang bermaksud menjadi keras, kekerasan, lebih keras, tidak ada belas kasihan, tidak beri peluang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:74 قَسْوَةً
Maidah:13 قَاسِيَةً

 

Mufradat 555: kalimah ُّأَشَد adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebih keras‘.

Kata dasar ش د د yang bermaksud mengikat dengan ketat, menguatkan, tegap, lari, keras, kuat, hebat, ketat, kasar, teruk sangat, kedekut.

Kalau biasa dengar kalimah: pendapat yang syadid, ia diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:165 شَدِيدُ
Ali Imran:56 شَدِيدًا
An’am:152 أَشُدَّ
Yunus:88 اشْدُدْ
Yusuf:48 شِدَادٌ
Ibrahim:18 اشْتَدَّتْ
Qasas:35 نَشُدُّ
Sad:20 شَدَدَ
Muhammad:4 شُدُّوا
Fath:29 أَشِدَّاءُ
Naba’:12 شِدَادًا

 

Mufradat 556: kalimah ٌقَسوَة adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘keras‘.

Katadasar sama dengan Mufradat 553 di atas: ق س و yang bermaksud menjadi keras, kekerasan, lebih keras, tidak ada belas kasihan, tidak beri peluang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah قَسَت (telah keras) di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah ٌقَسوَة (keras)

 

Mufradat 557: kalimat لَمَا adalah dalam bentuk harf dan ia adalah gabungan ل dan ما. Huruf ل itu adalah penguat dan ما itu bermaksud ‘yang’. Jadi kita boleh katakan ia bermaksud ‘yang pasti’.

 

Mufradat 558: kalimah ُيَتَفَجَّر adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memancarkan‘.

Kata dasar sama seperti Mufradat 450 (Baqarah:60): ف ج ر yang bermaksud belah, bahagi dua, pecah dan mengeluarkan, waktu fajar, sumber yang banyak, tempat air keluar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 24 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah انفَجَرَت (telah memancut) di dalam Baqarah:60

Dan sekarang kita melihat kalimah ُيَتَفَجَّر (memancarkan)

 

Mufradat 559: kalimah ُيَشَقَّق adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘pecah terbelah‘.

Kata dasar: ش ق ق yang bermaksud melalui satu kawasan, menyeberangi, membuka jalan, membelah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:137 (perpecahan) شِقَاقٍ
Nisa’:115 (menentang) يُشَاقِقِ
Anfal:13 شَاقُّوا
Taubah:42 الشُّقَّةُ
Ra’d:34 أَشَقُّ
Nahl:7 شِقِّ
Nahl:27 تُشَاقُّونَ
Maryam:90 تَنْشَقُّ
Furqan:25 تَشَقَّقُ
Qasas:27 أَشُقَّ
Qamar:1 انْشَقَّ
Rahman:37 انْشَقَّتِ
Hashr:4 يُشَاقِّ
Abasa:26 شَقَقَ
Abasa:26 شَقًّا

 

Mufradat 560: kalimah يَخرُجُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dia keluar‘.

Kata dasar yang sama dalam Mufradat 175 (Baqarah:22): خ ر ج yang bermaksud keluar, mengasingkan diri, meninggalkan, menentang, mengajar, buat perjanjian, dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 182 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah أخرَجَ (telah mengeluarkan) dalam Baqarah:22

Kalimah يُخرِج (dia mengeluarkan) dalam Baqarah:61

Kalimah ٌمُخرِج (yang mengeluarkan) dalam Baqarah:72 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah يَخرُجُ (dia keluar)

 

Mufradat 561: kalimah يَهبِطُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘jatuh‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 314 (Baqarah:36): ه ب ط yang bermaksud maju ke hadapan, menuruni dari tempat yang tinggi ke bawah, bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, memasuki, bertukar keadaan, menjadi rendah, diturunkan kedudukan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 8 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah اهبِطُوا (turunlah kamu) dalam Baqarah:36

Dan sekarang kita melihat kalimah يَهبِطُ (dia jatuh)

 

Mufradat 562: kalimah خَشيَة adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘takut‘.

Kata dasar: خ ش ي yang bermaksud takut, takjub, mengharap, berhati-hati.

Kalimah khusyu’ (dalam solat) diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 48 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:150 تَخْشَوْ
Baqarah:150 اخْشَوْا
Nisa’:9 يَخْشَ
Nisa’:25 خَشِيَ
Nisa’:77 يَخْشَوْنَ
Maidah:44 تَخْشَوُا
Taubah:13 تَخْشَوْنَ
Taha:3 يَخْشَى
Taha:77 تَخْشَى

 

Mufradat 563: kalimah غَافِلٍ atau غٰفِلٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lalai, lupa‘.

Kata dasar: غ ف ل yang bermaksud tidak sedar, pelupa, tidak peduli, sengaja buat tidak tahu, berpaling.

Kalimah ghaflah diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 35 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Nisa’:102 (kalian lalai) تَغْفُلُونَ
An’am:131 غَافِلُونَ
Ibrahim:42 غَافِلًا
Kahf:28 أَغْفَلَ
Maryam:39 غَفْلَةٍ
Nur:23 الْغَافِلَاتِ

 

Mufradat 564: kalimah عَمَّا adalah dalam bentuk harf dan ia adalah gabungan عن dan ما dan ia bermaksud ‘akan apa‘ atau ‘tentang apa‘.

 

Mufradat 565: kalimah تَعْمَلُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘kalian berbuat‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 200 (Baqarah:25): ع م ل yang bermaksud melakukan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 360 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah عَمِلُوا (‘mereka telah beramal‘, ‘mereka telah melakukan sesuatu‘) dalam Baqarah:25

Kalimah عَمِل (dia telah beramal) dalam Baqarah:62

Dan sekarang kita melihat kalimah تَعْمَلُونَ (kamu berbuat)


 

Ayat 2:75 (7 Mufradat Baru)

أَفَتَطمَعونَ أَن يُؤمِنوا لَكُم

وَقَد كانَ فَريقٌ مِّنهُم يَسمَعونَ كَلٰمَ اللَّهِ

ثُمَّ يُحَرِّفونَهُ مِن بَعدِ ما عَقَلوهُ

وَهُم يَعلَمونَ

Mufradat 566: kalimah تَطمَعُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘kamu mengharap‘.

Kata dasar: ط م ع yang bermaksud mendambakan, mengharap sangat,

Kalau perkataan ‘tamak’ dalam bahasa Melayu datang dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Maidah:84 نَطْمَعُ
A’raf:56 طَمَعًا
Syuara’:82 أَطْمَعُ
Ahzab:32 يَطْمَعَ
Ahzab:46 يَطْمَعُونَ

 

Mufradat 567: kalimah يُؤْمِنُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak mansub dan ia bermaksud ‘mereka beriman‘.

Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 38 (Baqarah:3): آ م ن yang bermaksud rasa aman, tenang, tiada perasaan benci, percaya. Ini adalah tepat kerana kalau kita beriman, maka kita akan tenang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 879 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah يُؤْمِنُون (‘mereka beriman’, ‘mereka percaya’) dalam Baqarah:3

Kalimat ءَامَنَّا (kami telah beriman) dalam Baqarah:8

Kalimah مُؤمِنِينَ (orang-orang yang beriman) dalam Baqarah:8

Kalimah ءآمَنُوا (mereka telah beriman) dalam Baqarah:9

Kalimah ءَامِنُوا (berimanlah kamu) dalam Baqarah:13

Kalimah ءَامَنَ (dia telah beriman) dalam Baqarah:13

Kalimah نُؤمِنُ (kami beriman) dalam Baqarah:13

Dan sekarang kita melihat kalimah يُؤْمِنُوا (mereka beriman)

 

Mufradat 568: kalimah فَريقٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘puak’, ‘kumpulan’, ‘golongan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 388 (Baqarah:50): ف ر ق yang bermaksud belah, bahagi, bezakan, bahagian, bantuan, kejayaan, hujah, bukti, meninggalkan, berbeza, takut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 72 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah فَرَقَ (telah membelah) dalam Baqarah:50

Kalimah فُرقَان (pembahagi) dalam Baqarah:53

Dan sekarang kita melihat kalimah فَريقٌ (‘puak’, ‘kumpulan’, ‘golongan’)

 

Mufradat 569: kalimah يَسمَعُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mendengar‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 64 (Baqarah:7): س م ع yang bermaksud: mendengar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 185 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah ٌسَمْع (pendengaran) dalam Baqarah:7

Dan sekarang kita melihat kalimah يَسمَعُونَ (mereka mendengar)

 

Mufradat 570: kalimah كَلٰمَ atau كَلامَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘perkataan-perkataan‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 314 (Baqarah:37): ك ل م yang bermaksud bercakap, menyampaikan sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 75 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah كَلِمٰت (kata-kata) dalam Baqarah:37

Dan sekarang kita melihat kalimah كَلٰمَ (perkataan-perkataan)

 

Mufradat 571: kalimah َيُحَرِّفُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengubah‘.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar: ح ر ف yang bermaksud merosakkan, mencabut, mengubah, tukar, berpaling, membuang sesuatu darinya.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Anfal:16 مُتَحَرِّفًا
Hajj:11 حَرْفٍ

 

Mufradat 572: kalimah عَقَلُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah memahami‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 355 (Baqarah:44): ع ق ل yang bermaksud mengikat, menahan diri, bijak, pandai, memahami, membayar wang darah, menaiki puncak gunung.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 49 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah تَعقِلُون (‘menggunakan akal‘ atau ‘berfikir) dalam Baqarah:44

Dan sekarang kita melihat kalimah عَقَلُوا (mereka telah memahami)

 

Tahniah, anda telah tahu 53,392 (68%) dari kalimat di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:76 (4 Mufradat Baru)

وَإِذا لَقُوا الَّذينَ آمَنوا قالوا آمَنّا

وَإِذا خَلا بَعضُهُم إِلىٰ بَعضٍ قالوا أَتُحَدِّثونَهُم بِما فَتَحَ اللَّهُ عَلَيكُم

لِيُحاجّوكُم بِهِ عِندَ رَبِّكُم

أَفَلا تَعقِلونَ

Mufradat 573: kalimah خَلَا adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia berjumpa dengan rahsia‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 108 (Baqarah:14): خ ل و yang bermaksud tempat kosong, tidak berpenghuni, selamat dari kesalahan, duduk berseorangan tanpa teman, berjumpa dengan seseorang di tempat yang sunyi tidak ada orang lain, melepaskan sesuatu, jauh dari sesuatu, menganggur.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an.

Kalimah خَلَوا (mereka bersendirian) dalam Baqarah:14

Dan sekarang kita melihat kalimah خَلَا (dia berjumpa dengan rahsia)

 

Mufradat 574: kalimah َتُحَدِثُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘kalian memberitahu’, ‘kalian menyampaikan‘.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar: ح د ث yang bermaksud sesuatu yang baru, baru jadi, baru keluar, memberitahu, kisah, benda baru.

Kalimah hadis diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 36 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Nisa’:42 حَدِيثًا
Nisa’:140 حَدِيثٍ
Yusuf:6 الْأَحَادِيثِ
Kahf:70 أُحْدِثَ
Taha:113 يُحْدِثُ
Anbiya’:2 مُحْدَثٍ
Dhuha:11 حَدِّثْ
Zalzalah:4 تُحَدِّثُ

 

Mufradat 575: kalimah َفَتَح adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah membuka‘.

Kata dasar: ف ت ح yang bermaksud membuka, menjelaskan, memberi, kejayaan, menakluk, menghakimi, buat keputusan, meminta bantuan, meminta kejayaan, kunci, harta.

Nama Surah al-Fatihah diambil dari kata dasar ini kerana ia ‘membuka’ Kitab Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 38 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:89 (mereka meminta kemenangan) يَسْتَفْتِحُونَ
Nisa’:141 فَتْحٌ
An’am:59 مَفَاتِحُ
A’raf:40 تُفَتَّحُ
A’raf:89 افْتَحْ
A’raf:89 الْفَاتِحِينَ
Anfal:19 تَسْتَفْتِحُوا
Yusuf:65 فَتَحُوا
Ibrahim:15 اسْتَفْتَحُوا
Anbiya’:96 فُتِحَتْ
Syuara’:118 فَتْحًا
Saba’:26 الْفَتَّاحُ
Saba’:26 يَفْتَحُ
Sad:50 مُفَتَّحَةً

 

Mufradat 576: kalimah َيُحَاجُّوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak mansub dan ia bermaksud ‘mereka menghujah‘.

Ia di dalam format Wazan II (فاعل)

Kata dasar: ح ج ج yang bermaksud bertujuan ke satu arah, membaiki, penghormatan, pergi ke tempat yang dikira mulia, haji, mengalahkan seseorang dalam debat, merayu, berdebat, hujah, menahan diri.

Kalimah hujah, haji diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 33 kali di dalam Al-Qur’an.

Kalimat yang menggunakan kata dasar ini:

Baqarah:139 (kalian berhujah-hujahan) تُحَاجُّونَ
Baqarah:150 (hujah) حُجَّةٌ
Baqarah:158 (telah mengerjakan Haji) حَجَّ
Baqarah:258 (dia telah berhujah) حَاجَّ
Ali Imran:20 حَاجُّوا
Ali Imran:66 حَاجَجَ
Ali Imran:97 حِجُّ
Qasas:27 حِجَجٍ
Ghafir:47 يَتَحَاجُّونَ
Syuara’:16 يُحَاجُّونَ

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat seterusnya.

Kemaskini: 20 Februari 2024

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a comment