Mufradat Mukasurat 16 (Baqarah 102 – 105)

Mufradat Mukasurat 16 (36 Mufradat baru)

BA783F40-4F67-4378-9511-A53C4E483D62

Ayat 2:102

Mufradat 686: kalimah اتَّبَعُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah ikut‘.

Ia di dalam format Wazan VIII (افتعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 320 (Baqarah:38): ت ب ع yang bermaksud ikut, ekor langkah dari belakang dengan rapat, mengganti seseorang selepasnya, berterusan, pengikut, meniru, bantu, taat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 172 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah َتَبِع (dia telah ikut) dalam Baqarah:38

Dan sekarang kita lihat kalimah اتَّبَعُوا (mereka telah ikut)

 

Mufradat 687: kalimah تَتلُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muannath dan ia bermaksud ‘dia membacakan‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 353 (Baqarah:44): ت ل و yang bermaksud ikut, berjalan di belakang, meniru, mengejar, berturutan, baca, membacakan, mengulang baca, menyatakan, ikut menyanyi sekali.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 63 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah تَتلُون (kamu membacakan) dalam Baqarah:44

Dan sekarang kita lihat kalimah تَتلُوا (dia membacakan)

 

Mufradat 688: kalimah مُلكٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kerajaan‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 10 (Fatihah:3): م ل ك yang bermaksud memerintah, mengarah, berupaya, berkuasa, mengawal, kekuasaan, raja, kerajaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 206 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah ِمٰلِك (yang memiliki) dalam Fatihah:3

Kalimah مَلىئِكَة (malaikat-malaikat) dalam Baqarah:30

Dan sekarang kita lihat kalimah مُلكٌ (kerajaan)

 

Mufradat 689: kalimah سُلَيْمَانَ adalah dalam bentuk isim dan ia adalah nama salah seorang Rasul yang utama, Nabi Sulaiman a.s.

Nama سُلَيْمَانَ disebut 17 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 690: kalimah کَفَرَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah kufur’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 55 (Baqarah:6): ك ف ر yang bermaksud menutup, menyorokkan, menolak, ingkar, tidak percaya, tidak berterima kasih, tidak beriman, kuda hitam, malam yang gelap, petani.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 525 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah كَفَرُوا (mereka telah kufur) dalam Baqarah:6

Kalimah كافِرِين (orang-orang kufur) dalam Baqarah:19

Kalimah تَكفُرُونَ (kamu sedang kufur) dalam Baqarah:28

Kalimah كَافِرِ (yang menutup, kufur) dalam Baqarah:41

Kalimah كُفرِ (pengingkaran) dalam Baqarah:88

Kalimah يَڪفُرُوا (mereka kufur) dalam Baqarah:90

Kalimah يَكفُرُونَ (mereka sedang kufur) dalam Baqarah:91

Kalimah يَكفُرُ (dia kufur) dalam Baqarah:99

Dan sekarang kita melihat kalimah کَفَرَ (dia telah kufur)

 

Mufradat 691: kalimah لٰكِن adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘akan tetapi‘.

Kalimah ini digunakan sebanyak 57 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 692: kalimah کَفَرووا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah kufur’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 55 (Baqarah:6): ك ف ر yang bermaksud menutup, menyorokkan, menolak, ingkar, tidak percaya, tidak berterima kasih, tidak beriman, kuda hitam, malam yang gelap, petani.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 525 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah كَفَرُوا (mereka telah kufur) dalam Baqarah:6

Kalimah كافِرِين (orang-orang kufur) dalam Baqarah:19

Kalimah تَكفُرُونَ (kamu sedang kufur) dalam Baqarah:28

Kalimah كَافِرِ (yang menutup, kufur) dalam Baqarah:41

Kalimah كُفرِ (pengingkaran) dalam Baqarah:88

Kalimah يَڪفُرُوا (mereka kufur) dalam Baqarah:90

Kalimah يَكفُرُونَ (mereka sedang kufur) dalam Baqarah:91

Kalimah يَكفُرُ (dia kufur) dalam Baqarah:99

Kalimah کَفَرَ (dia telah kufur) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah کَفَرووا (mereka telah kufur)

 

Mufradat 693: kalimah يُعَلِّمُون adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengajar‘.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 9 (Fatihah:2): ع ل م yang bermaksud tanda, ciptaan, dunia, ilmu, maklumat, sedar, cara mengetahui sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 854 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah عٰلَمين (alam-alam) dalam Fatihah:2

Kalimah َيَعلَمُون (mereka mengetahui) dalam Baqarah:13

Kalimah َتَعلَمُون (kamu mengetahui) dalam Baqarah:22

Kalimah عَليم (mengetahui) dalam Baqarah:29

Kalimah أَعلَمُ (aku mengetahui) dalam Baqarah:30

Kalimah َعَلَّم (mengajar) dalam Baqarah:31

Kalimah عِلم (ilmu pengetahuan) dalam Baqarah:32

Dan sekarang kita lihat kalimah يُعَلِّمُون (mereka mengajar)

 

Mufradat 694: kalimah سِحرٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sihir‘ atau ‘magik‘.

Kata dasar: س ح ر yang bermaksud menukar arah, menukar sesuatu kepada sesuatu, menjadikan sesuatu yang tidak ada nampak seperti ada, menipu, menyulap, awal pagi (waktu sahur), makanan yang basi, menakjubkan mata.

Kita biasa dengan kalimah sihir ini dan juga sahur.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 63 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 695: kalimah مَلَكَينِ adalah dalam bentuk isim muthanna dan ia bermaksud ‘dua malaikat‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 10 (Fatihah:3): م ل ك yang bermaksud memerintah, berkemampuan, mengawal, kuasa, raja, kerajaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 206 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah ِمٰلِك (yang memiliki) dalam Fatihah:3

Kalimah مَلىئِكَة (malaikat-malaikat) dalam Baqarah:30

Kalimah مُلكٌ (kerajaan) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah مَلَكَينِ (dua malaikat)

 

Mufradat 696: kalimah بَابِل adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘Babylon‘.

Ia adalah nama khas, jadi tidak ada kata dasar baginya.

Kalimah ini disebut sekali sahaja di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 697: kalimah هٰرُوت adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud nama seorang malaikat.

Ia adalah nama khas, jadi tidak ada kata dasar baginya.

Kalimah ini disebut sekali sahaja di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 698: kalimah مٰرُوت adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud nama seorang malaikat.

Ia adalah nama khas, jadi tidak ada kata dasar baginya.

Kalimah ini disebut sekali sahaja di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 699: kalimah يُعَلِّمَانِ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muthanna dan ia bermaksud ‘mereka berdua mengajar‘.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 9 (Fatihah:2): ع ل م yang bermaksud tanda, ciptaan, dunia, ilmu, maklumat, sedar, cara mengetahui sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 854 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah عٰلَمين (alam-alam) dalam Fatihah:2

Kalimah َيَعلَمُون (mereka mengetahui) dalam Baqarah:13

Kalimah َتَعلَمُون (kamu mengetahui) dalam Baqarah:22

Kalimah عَليم (mengetahui) dalam Baqarah:29

Kalimah أَعلَمُ (aku mengetahui) dalam Baqarah:30

Kalimah َعَلَّم (mengajar) dalam Baqarah:31

Kalimah عِلم (ilmu pengetahuan) dalam Baqarah:32

Kalimah يُعَلِّمُون (mereka mengajar) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah يُعَلِّمَانِ (mereka berdua mengajar)

 

Mufradat 700: kalimah ٍمِن أَحَد adalah bentuk harf (من) dan isim (أحد). Ia bermaksud ‘dari seseorang pun‘.

 

Mufradat 701: kalimah يَقُولَا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muthanna dan ia bermaksud ‘mereka berdua berkata‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 71 (Baqarah:8): ق و ل yang bermaksud: bercakap, memanggil, dipanggil, perkataan, ucapan, memberi pendapat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 1,722 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah يَقُول (dia berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:8

Kalimah قِيلَ (dikatakan) seperti digunakan dalam Baqarah:11

Kalimah قَالُوا (mereka telah berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:11

Kalimah يَقُولُونَ yang bermaksud ‘mereka berkata’ dalam Baqarah:26

Kalimah أقُل (aku berkata) dalam Baqarah:33

Kalimah قُلْنَا (kami telah berkata) dalam Baqarah:34

Kalimah قُلْتُمْ (kamu telah berkata) dalam Baqarah:55

Kalimah قُولُوا (kamu katakanlah) dalam Baqarah:80

Kalimah قَوْلًا (perkataan) dalam Baqarah:59

Kalimah قُل (katakanlah) dalam Baqarah:80

Kalimah تَقُولونَ (kamu mengatakan) dalam Baqarah:80

Dan sekarang kita melihat kalimah يَقُولَا (mereka berdua berkata)

 

Mufradat 702: kalimah فِتنَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ujian‘.

Kalimah ‘fitnah’ ini bukanlah seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat kita (menuduh tanpa bukti). Kalau yang itu, kalimah yang lebih sesuai adalah ‘tohmah’, bukan ‘fitnah’.

Kata dasar: ف ت ن yang bermaksud menguji, mendakwa, membakar, ujian, memberi kesusahan, kesusahan dan tekanan, menyembelih, menjauhkan dari agama dalam berbagai cara, menyesatkan, menyebabkan pecah belah, kejahatan, mengelirukan, menggoda, perang, hukuman, jawapan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 60 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 703: kalimah تَكفُر adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ majzoom dan ia bermaksud ‘engkau kufur‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 55 (Baqarah:6): ك ف ر yang bermaksud menutup, menyorokkan, menolak, ingkar, tidak percaya, tidak berterima kasih, tidak beriman, kuda hitam, malam yang gelap, petani.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 525 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah كَفَرُوا (mereka telah kufur) dalam Baqarah:6

Kalimah كافِرِين (orang-orang kufur) dalam Baqarah:19

Kalimah تَكفُرُونَ (kamu sedang kufur) dalam Baqarah:28

Kalimah كَافِرِ (yang menutup, kufur) dalam Baqarah:41

Kalimah كُفرِ (pengingkaran) dalam Baqarah:88

Kalimah يَڪفُرُوا (mereka kufur) dalam Baqarah:90

Kalimah يَكفُرُونَ (mereka sedang kufur) dalam Baqarah:91

Kalimah يَكفُرُ (dia kufur) dalam Baqarah:99

Kalimah کَفَرَ (dia telah kufur) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah تَكفُر (engkau kufur)

 

Mufradat 704: kalimah يَتَعَلَّمُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mempelajari‘.

Ia di dalam format Wazan V (تفعّل)

Kata dasar sama seperti Mufradat 9 (Fatihah:2): ع ل م yang bermaksud tanda, alam, dunia, ilmu, mengetahui.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah عٰلَمين (alam-alam) dalam Fatihah:2

Kalimah َيَعلَمُون (mereka mengetahui) dalam Baqarah:13

Kalimah َتَعلَمُون (kamu mengetahui) dalam Baqarah:22

Kalimah عَليم (mengetahui) dalam Baqarah:29

Kalimah أَعلَمُ (aku mengetahui) dalam Baqarah:30

Kalimah َعَلَّم (mengajar) dalam Baqarah:31

Kalimah عِلم (ilmu pengetahuan) dalam Baqarah:32

Kalimah يُعَلِّمُون (mereka mengajar) dalam Baqarah:102 di atas

Kalimah يُعَلِّمَانِ (mereka berdua mengajar) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah يَتَعَلَّمُونَ (mereka mempelajari)

 

Mufradat 705: kalimah مِنهُمَا adalah dalam bentuk harf dan ia adalah gabungan kalimah من (dari) dan هما (mereka berdua). Jadi ia bermaksud ‘dari mereka berdua‘.

 

Mufradat 706: kalimah يُفَرِّقُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka menceraikan’, ‘memisahkan’.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 384 (Baqarah:50): ف ر ق yang bermaksud belah, bahagi, bezakan, bahagian, bantuan, kejayaan, hujah, bukti, meninggalkan, berbeza, takut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 72 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah فَرَقَ (telah membelah) dalam Baqarah:50

Kalimah فُرقَان (pembahagi) dalam Baqarah:53

Kalimah فَريقٌ (‘puak’, ‘kumpulan’, ‘golongan’) dalam Baqarah:75

Kalimah فَرِيقًا (‘puak’, ‘kumpulan’, ‘golongan’) dalam Baqarah:85

Dan sekarang kita melihat kalimah يُفَرِّقُونَ (‘mereka menceraikan’, ‘memisahkan’)

 

Mufradat 707: kalimah مَرءِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lelaki‘.

Kata dasar: م ر أ yang bermaksud makanan yang senang ditelan, tidak diganggu, selalu melakukan perkara yang baik, mempunyai sifat yang baik.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 38 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 708: kalimah ضَارِّينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘mudharat-mudharat‘.

Kata dasar: ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 74 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 709: kalimah ُّيَضُر adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dia memudharatkan‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 636 sebelum ini: ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 74 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ضَارِّينَ (mudharat-mudharat) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah ُّيَضُر (dia memudharatkan)

 

Mufradat 710: kalimah يَنفَعُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memberi manfaat’, ‘memberi untung‘.

Kata dasar: ن ف ع yang bermaksud untung, melakukan kebaikan, berguna, berfaedah. Kita pun gunakan kalimah ‘manfaat’ dalam bahasa kita.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 50 kali di dalam Al-Qur’an. Bentuk-bentuk yang lain:

2:123 تَنْفَعُ  (‘memberi manfaat’, ‘memberi untung‘)
2:219 مَنَافِعُ (beberapa manfaat)
2:219 نَفعِ (kelebihan)
4:11 نَفعًا (yang memberi manfaat)
10:98 َنَفَع (telah mengambil manfaat)
26:73 يَنفَعُونَ (mereka memberi manfaat)

 

Mufradat 711: kalimah اشْتَرَى adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah jual‘.

Ia di dalam format Wazan VIII (افتعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 106 (Baqarah:16): ش ر ي yang bermaksud beli, jual, tukar, menyempurnakan pembelian, menolak, memilih, lebih suka.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah اشتَرَوا (mereka telah membeli) dalam Baqarah:16

Kalimah تَشتَرُوا (kamu menjual, kamu menukar) dalam Baqarah:41

Kalimah يَشْتَرُوا (mereka menukar) dalam Baqarah:79

Dan sekarang kita melihat kalimah اشْتَرَى (dia telah jual)

 

Mufradat 712: kalimah عَلِمُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah mempelajari‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 9 (Fatihah:3): ع ل م yang bermaksud tanda, yang dicipta, dunia, ilmu, tahu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 854 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah عٰلَمين (alam-alam) dalam Fatihah:2

Kalimah َيَعلَمُون (mereka mengetahui) dalam Baqarah:13

Kalimah َتَعلَمُون (kamu mengetahui) dalam Baqarah:22

Kalimah عَليم (mengetahui) dalam Baqarah:29

Kalimah أَعلَمُ (aku mengetahui) dalam Baqarah:30

Kalimah َعَلَّم (mengajar) dalam Baqarah:31

Kalimah عِلم (ilmu pengetahuan) dalam Baqarah:32

Kalimah يُعَلِّمُون (mereka mengajar) dalam Baqarah:102 di atas

Kalimah يُعَلِّمَانِ (mereka berdua mengajar) dalam Baqarah:102 di atas

Kalimah يَتَعَلَّمُونَ (mereka mempelajari) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah عَلِمُوا (mereka telah mempelajari)

 

Mufradat 713: kalimah خَلٰقٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bahagian‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 166 (Baqarah:21): خ ل ق yang bermaksud mengkadarkan sesuatu, menjadikan sesuatu ikut kesesuaian, menjadikan dari tidak ada kepada ada, reka ucapan, menjadikan sesuatu sama rata dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 261 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah َخَلَق (dia telah menjadikan) dalam Baqarah:21

Dan sekarang kita lihat kalimah خَلٰقٌ (bahagian)

 

Mufradat 714: kalimah شَرَوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah jual‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 106 (Baqarah:16): ش ر ي yang bermaksud beli, jual, tukar, menyempurnakan pembelian, menolak, memilih, lebih suka.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah اشتَرَوا (mereka telah membeli) dalam Baqarah:16

Kalimah تَشتَرُوا (kamu menjual, kamu menukar) dalam Baqarah:41

Kalimah يَشْتَرُوا (mereka menukar) dalam Baqarah:79

Kalimah اشْتَرَى (dia telah jual) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah شَرَوا (mereka telah jual)


 

Ayat 2:103

Mufradat 715: kalimah مَثُوبَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pulangan’, ‘pahala’, ‘balasan’.

Kata dasar: ث و ب yang bermaksud memulangkan, berpatah balik, mengembalikan kepada keadaan asal, bertaubat, mengumpulkan, memanggil berkali-kali, mengalir, menjadi banyak, sesuatu yang dipulangkan, membayar balik, tempat pulang, tempat orang berkumpul, rumah, khemah, pakaian, sikap, hati, pengikut, jubah, hati yang baik, akhlak yang baik.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali di dalam Al-Qur’an. Bentuk-bentuk yang lain:

2:125 مَثَابَةً (tempat kembali)
3:145 ثَوَابَ (balasan)
3:153 أَثَابَ (telah membalas)
3:195 ثَوَابًا (sebagai balasan)
11:5 ثِيَابَ (pakaian)
18:31 ثِيَابًا (pakaian)
83:36 ثُوِّبَ (telah dibalas)


 

Ayat 104:

Mufradat 716: kalimah تَقُولُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ majzoom jamak dan ia bermaksud ‘kamu berkata‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 71 (Baqarah:8): ق و ل yang bermaksud: bercakap, memanggil, dipanggil, perkataan, ucapan, memberi pendapat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 1,722 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah يَقُول (dia berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:8

Kalimah قِيلَ (dikatakan) seperti digunakan dalam Baqarah:11

Kalimah قَالُوا (mereka telah berkata) seperti digunakan dalam Baqarah:11

Kalimah يَقُولُونَ yang bermaksud ‘mereka berkata’ dalam Baqarah:26

Kalimah أقُل (aku berkata) dalam Baqarah:33

Kalimah قُلْنَا (kami telah berkata) dalam Baqarah:34

Kalimah قُلْتُمْ (kamu telah berkata) dalam Baqarah:55

Kalimah قُولُوا (kamu katakanlah) dalam Baqarah:80

Kalimah قَوْلًا (perkataan) dalam Baqarah:59

Kalimah قُل (katakanlah) dalam Baqarah:80

Kalimah تَقُولونَ (kamu mengatakan) dalam Baqarah:80

kalimah يَقُولَا (mereka berdua berkata) dalam Baqarah:102 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah تَقُولُوا (kamu berkata)

 

Mufradat 717: kalimah رٰعِ adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘lihatlah‘.

Ia di dalam format Wazan III (فاعل)

Kata dasar: ر ع ي yang bermaksud menuai, melihat, undang-undang, menjaga, yang menggembala, penggembala, merenung, memberi telinga untuk mendengar.

Kalimah riak dan ru’yah diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 10 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 718: kalimah أُنظُر adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘lihatlah‘.

Kata dasar sama dengan Mufradat 388 (Baqarah:50): ن ظ ر yang bermaksud melihat, merenung, memikirkan, mendengar, bersabar terhadap seseorang, tunjukkan kebaikan, memeriksa, mencari.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 129 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah تَنظُرُون (kamu merenung) dalam Baqarah:50

Kalimah َنٰظِرِين atau َناظِرِين (orang yang melihat) dalam Baqarah:69

Dan sekarang kita melihat kalimah أُنظُر (lihatlah)


 

Ayat 2:105

Mufradat 719: kalimah أَهلِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘golongan’.

Kata dasar: أ ه ل yang bermaksud orang-orang yang dikaitkan dengan sesuatu, yang membaca, pemilik, penduduk sesuatu tempat.

Bahasa kita pun menggunakan kalimah ini dalam bahasa percakapan harian kita.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 127 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 720: kalimah مُشرِكِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang musyrik’.

Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 664 (Baqarah:96): ش ر ك yang bermaksud menjadi teman, menjadi rakan kongsi, kongsi, menyertai, sembah berhala, menyamakan sifat Tuhan dengan makhluk,

Kata dasar ini digunakan sebanyak 168 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah أَشرَكُوا (mereka telah melakukan syirik) dalam Baqarah:96

Dan sekarang kita melihat kalimah kalimah مُشرِكِينَ (orang-orang musyrik)

 

Mufradat 721: kalimah يُنَزَّلَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ mabni majhul dan ia bermaksud ‘ia diturunkan’.

Ia di dalam format Wazan II (فعّل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 46 (Baqarah:4): ن ز ل yang bermaksud turun, terjadi, tetap di satu tempat, tempat tinggal.

Kata dasar ini digunakan sebagai 293 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah آُنزِلَ (telah diturunkan) dalam Baqarah:4

Kalimah َأنزَل (telah menurunkan) dalam Baqarah:22

Kalimah نَزَّل (telah turunkan) dalam Baqarah:23

Kalimah يُنَزِّلَ (dia menurunkan) dalam Baqarah:90

Dan sekarang kita melihat kalimah يُنَزَّلَ (ia diturunkan)

 

Mufradat 722: kalimah يَختَصُّ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dia memilih‘.

Ia di dalam format Wazan VIII (افتعل)

Kata dasar: خ ص ص yang bermaksud membezakan antara satu manusia dengan yang lain, memilih seseorang dari ramai orang, mengambil seseorang untuk menjadi orang yang dekat dengan dia, bersendirian.

Kalimah khusus dan khas yang digunakan dalam bahasa kita juga diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 4 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 723: kalimah ذُو adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pemilik’, ‘mempunyai’.

Kalau orang yang bernama Zul di hadapannya, diambil dari kalimah ini. Macam Dzulkarnain, ia bermaksud ‘yang mempunyai dua tanduk’.

Kalimah ini digunakan sebanyak 90 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimat ذِى القُربَى (sanak saudara) dalam Baqarah:83

Dan sekarang kita melihat kalimah ذُو (‘pemilik’, ‘mempunyai’)

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 24 Ogos 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s