Mufradat Mukasurat 22 (Baqarah 142 – 145)

Mufradat Mukasurat 22 (16 mufradat baru)

46373895-BB75-481D-A241-4954DF1F35B8

Ayat 2:142

Mufradat 802: kalimah وَلَّى adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah berpaling’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 452 (Baqarah:64): و ل ي yang bermaksud menjadi dekat, rapat, ikut. Banyak sekali kata dasar ini digunakan dalam berbagai bentuk. Sebanyak 232 kali.

 

Mufradat 803: kalimah قِبلَةَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kiblat’ iaitu arah mengadap di dalam solat.

Kata dasar sama dengan Mufradat 45 (Baqarah:4): ق ب ل yang bermaksud menerima, jumpa seseorang, mengadap seseorang, tunjuk persetujuan, dan banyak lagi. Kata dasar ini digunakan sebanyak 294 kali di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:143

Mufradat 804: kalimah وَسَطًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pertengahan’.

Kata dasar: و س ط yang bermaksud tengah, di pertengahan, di antara, terbaik, bahagian terbaik dari sesuatu, menjadi orang tengah, adil, yang terbaik dari kalangan sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 804A: kalimah شَهِيدًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sebagai saksi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 188 (Baqarah:23): ش ه د yang bermaksud beri maklumat, saksi, hadir, beri penyaksian, menjadi saksi, tempat perjumpaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 160 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah شُهَدَاء (saksi) dalam Baqarah:36

Kalimah تَشهَدُونَ (kamu bersaksi) dalam Baqarah:84

Kalimah شَهٰدَة (persaksian) dalam Baqarah:140

Dan sekarang kita melihat kalimah شَهِيدًا (sebagai saksi)

 

Mufradat 805: kalimah يَنقَلِبُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘berpaling’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 60 (Baqarah:7): ق ل ب yang bermaksud: berpusing, pulangkan, kembali pulang, menterbalikkan sesuatu, tukar, tukar arah, tukar keadaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 168 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 806: kalimah عَقِبَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tumit’. Kalimah عقبيه bermaksud ‘dua tumitnya’.

Kata dasar: ع ق ب yang bermaksud mengambil tempat, datang kemudian, memijak dengan tumit, mengikut seseorang dengan rapat, kejayaan, menjerit, tumit, anak, cucu, keturunan, paksi, keputusan, ganjaran.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 80 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 807: kalimat إن كَانَت adalah dalam bentuk harf dan isim. Ia bermaksud ‘adalah ia’.

 

Mufradat 808: hurf ل adalah sebagai taukid (penekanan). Dipanggil lam taukid. Ia bermaksud ‘sesungguhnya’.

 

Mufradat 809: kalimah يُضِيعَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘mensia-siakan’.

Kata dasar: ض ي ع yang bermaksud musnah, sia-sia, meninggal, hilang, ditinggalkan, dilupakan, tidak kisah, rosak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 10 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 810: kalimah رَءُوفٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penuh dengan kelembutan’.

Kata dasar: ر أ ف yang bermaksud baik, sayang, lembut, kasihan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 13 kali di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:144

Mufradat 811: kalimah تَقَلُّبَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘berulang-ulang menengadah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 60 (Baqarah:7): ق ل ب yang bermaksud: berpusing, pulangkan, kembali pulang, menterbalikkan sesuatu, tukar, tukar arah, tukar keadaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 168 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 812: kalimah نُوَلِّيَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘Kami pusingkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 452 (Baqarah:64): و ل ي yang bermaksud menjadi dekat, rapat, ikut. Banyak sekali kata dasar ini digunakan dalam berbagai bentuk. Sebanyak 232 kali.

 

Mufradat 813: kalimah وَلِّ adalah dalam bentuk fi’il amar dan ia bermaksud ‘pusingkanlah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 452 (Baqarah:64): و ل ي yang bermaksud menjadi dekat, rapat, ikut.

Banyak sekali kata dasar ini digunakan dalam berbagai bentuk. Sebanyak 232 kali.

 

Mufradat 814: kalimah شَطرُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ke arah’.

Katadasar: ش ط ر yang bermaksud bahagi dua, arah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 815: kalimat المَسجِدِ الحَرَام adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘masjid yang mengandungi Kaabah’ iaitu yang berada di Mekah.

 

Mufradat 816: kalimah حَيثُ adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘di mana sahaja’.

Kalimah ini digunakan sebanyak 2 kali di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:145

Mufradat 817: kalimah أتَيتَ adalah dalam bentuk fi’il madhi ditambah dengan huruf ت yang bermaksud ‘engkau’. Maka ia bermaksud ‘engkau telah bawa’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 172 (Baqarah:23): أ ت ي yang bermaksud datang, kejar, bawa ke hadapan, tunjuk, bertambah, mengeluarkan, bawa, bayar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke muka surat yang seterusnya.

Kemaskini: 13 Februari 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s