Mufradat Mukasurat 30 (Baqarah 191 – 196)

Mufradat Mukasurat 30 (24 mufradat baru)

Ayat 2:191

Mufradat 960: kalimah ثَقِف adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah jumpai’. Kalimat ثَقِفتُم bermaksud ‘kamu telah jumpai’.

Kata dasar: ث ق ف yang bermaksud terjumpa, cari, tangkap, ambil, menguasai, menjadi bijak, mempunyai kemahiran, berjumpa, mengalahkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 960A: kalimah قَتلِ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pembunuhan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Dan sekarang kita melihat kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan)

 

Mufradat 960B: kalimah تُقَـٰتِلُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ majzoom dan ia bermaksud ‘kamu memerangi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi)

 

Mufradat 960C: kalimah يُقَـٰتِلُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak mansub dan ia bermaksud ‘mereka memerangi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas

Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi)

 

Mufradat 960D: kalimah قَـٰتَلُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah memerangi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas

Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191 di atas

Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191 di atas

Dan sekarang kita melihat kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi)


 

Ayat 2:192

Mufradat 961: kalimah ٱنتَہَواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka berhenti’.

Kata dasar: ن ه ي yang bermaksud menahan, melarang, memberhentikan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 56 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:194

Mufradat 962: kalimah حُرُمَـٰتُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pelanggaran yang haram’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 557 (Baqarah85): ح ر م yang bermaksud melarang, menahan, menegah, mengisytiharkan sesuatu sebagai suci.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 83 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:195

Mufradat 962X: kalimah أَنْفِقُوا adalah dalam bentuk fi’il amar jamak dan ia bermaksud ‘infaklah kamu’.

Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 4 (Baqarah:3): ن ف ق yang bermaksud sesuatu yang boleh dijual, keluar dari lubang, pakai, belanja, perbelanjaan, masuk lubang lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 111 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah َيُنفِقُون (mereka membelanjakan) dalam Baqarah:3

Dan sekarang kita melihat kalimah أَنْفِقُوا (infaklah kamu)

 

Mufradat 962A: kalimah تُلقُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari jamak majzoom dan ia bermaksud ‘melemparkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 106 (Baqarah:14): ل ق ي yang bermaksud berjumpa, bertemu, melihat, bertembung, mengalami, melalui, menerima, bertemu bersemuka, menuju ke arah sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 146 kali di dalam Al-Qur’an dalam 16 bentuk.

Jadi kita sudah melihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah لَقُوا (mereka telah bertemu) dalam Baqarah:14

Kalimah تَلَقَّى (telah menerima) dalam Baqarah:37

Kalimah مُلٰقوا (yang bertemu) dalam Baqarah:46

Dan sekarang kita melihat kalimah تُلقُوا (melemparkan)

 

Mufradat 963: kalimah تَہلُكَةِ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kebinasaan’.

Kata dasar: ه ل ك yang bermaksud mati, binasa, kerugian, kehilangan, rosak, busuk.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 68 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 963A: kalimah أَحسِنُوٓاْ‌ۛ adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘kamu berbuat baiklah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 435 (Baqarah:58): ح س ن yang bermaksud cantik, baik, bagus.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 194 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah مُحسِنِين (orang-orang yang melakukan perbuatan yang baik) dalam Baqarah:58

Kalimah إِحْسَانًا (berlaku baik) dalam Baqarah:83

Kalimah حُسنًا (yang baik) dalam Baqarah:83 juga

kalimah أَحسَن (lebih baik) dalam Baqarah:138

Dan sekarang kita melihat kalimah أَحسِنُوٓاْ‌ۛ (kamu berbuat baiklah)


 

Ayat 2:196

Mufradat 964: kalimah أُحصِرُ adalah dalam bentuk fi’il madhi majhul dan ia bermaksud ‘telah ditahan’. Kalimah أُحصِرتُم bermaksud ‘kamu telah ditahan’.

Kata dasar: ح ص ر yang bermaksud tertahan, terhalang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 965: kalimah ٱستَيسَرَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘yang mudah didapati’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 896 (Baqarah:185): ي س ر yang bermaksud menjadi lembut, menjadi sikit, datang dari sebelah kiri, dibahagikan kepada beberapa bahagian, menjadi mudah, bermain dengan anak panah (undi nasib), judi.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 44 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 966: kalimah هَدىِ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘binatang korban’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 18 (Fatihah:6): ه د ي yang bermaksud memberi panduan, hidayah, hadiah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 316 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 967: kalimah تَحلِقُواْ adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘cukur’.

Kata dasar: ح ل ق yang bermaksud halqum, laluan pernafasan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 3 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 968: kalimah رُءُوسَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘kepala-kepala’.

Kata dasar: ر أ س yang bermaksud kepala, ketua, pukul pada kepala, mendapat pangkat tinggi, bahagian yang paling tinggi, modal kewangan, permulaan kepada bahagian pertama, kumpulan manusia yang banyak dan kuat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 18 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 969: kalimah يَبلُغَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘ia sampai’.

Kata dasar: ب ل غ yang bermaksud sampai, mendapat, mengejar, berkeinginan, menyampaikan komunikasi, berita etc, berusaha, pengumuman, cukup, kandungan, musibah, baligh, sejumlah wang.

Kita selalu gunakan kata dasar ini dalam kalimah: baligh, tabligh, mubaligh.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 77 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 970: kalimah مَحِلَّهُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘destinasi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 837 (Baqarah:168): ح ل ل yang bermaksud merungkai ikatan pada tali, menyelesaikan masalah, meleraikan, membebaskan

Kata dasar ini digunakan sebanyak 51 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 971: kalimah أَذًى adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sakit, penyakit’.

Kata dasar: أ ذ ي yang bermaksud diganggu sesuatu yang tidak selesa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 24 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 972: kalimah رَأسِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kepala’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 935 (ayat yang sama): ر أ س yang bermaksud kepala, ketua, pukul pada kepala, mendapat pangkat tinggi, bahagian yang paling tinggi, modal kewangan, permulaan kepada bahagian pertama, kumpulan manusia yang banyak dan kuat.


Kata dasar ini digunakan sebanyak 18 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 973: kalimah صَدَقَةٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sedekah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 178 (Baqarah:23): ص د ق yang bermaksud bercakap benar, membenarkan apa yang dikatakan orang, memenuhi janji, percaya kepada seseorang, beri sedekah, pujian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 155 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 974: kalimah نُسُكٍ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘perbuatan ibadah, penyerahan korban’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 736 (Baqarah:128): ن س ك yang bermaksud menjalani kehidupan yang taat, saleh, beribadat kepada Tuhan, berkorban, menyembelih haiwan korban, melakukan upacara ibadah, membersihkan dan bersuci.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 975: kalimah أَمِنَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘aman, selamat’. Kalimah أَمِنتُم bermaksud ‘kamu berasa selamat’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 34 (Baqarah:3): آ م ن yang bermaksud rasa aman, tenang, tiada perasaan benci, percaya. Ini adalah tepat kerana kalau kita beriman, maka kita akan tenang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 879 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 976: kalimah تَمَتَّعَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘menikmati kemudahan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 281 (Baqarah:36): م ت ع yang bermaksud digunakan, barang kegunaan, sesuatu yang berguna, keperluan, komoditi.

Kalimah seperti Haji Tamattu’, mut’ah (cara nikah Syiah) diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 70 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 977: kalimah ثَلَـٰثَةِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tiga’.

Kata dasar: ث ل ث yang bermaksud bahagian ke tiga, satu pertiga, tiga.

Hari ‘Selasa’ diambil dari kata dasar ini kerana ia adalah hari ke tiga (selepas Ahad dan Isnin)

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 978: kalimah سَبعَةٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tujuh’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 233 (Baqarah:29): س ب ع yang bermaksud tujuh, menjadi tujuh, ke-tujuh, bilangan yang banyak yang tidak semestinya setakat tujuh sahaja.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 979: kalimah رَجَعَ‌ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘pulang’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 128 (Baqarah:18): ر ج ع yang bermaksud pulang, patah balik, menyalahkan seseorang, kembali, ulang, jawab, bawa jawapan, dipulangkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 104 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 980: kalimah عَشَرَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sepuluh’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 413 (Baqarah:60):ع ش ر pula bermaksud per sepuluh, menjadikan sepuluh, sepuluh, sedekad, sahabat, kenalan, bangsa, ramai dan banyak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 981: kalimah كَامِلَةٌ‌ adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘kesemuanya’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 897 (Baqarah:185): ك م ل yang bermaksud lengkap, kesemuanya, dicapai dengan sempurna.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 982: kalimah حَاضِرِى adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘yang berada’. Sepatutnya kalimah ini حاضرين akan tetapi kerana ia mudhaf, maka huruf ن telah dibuang.

Kata dasar sama dengan Mufradat 746 (Baqarah:133): ح ض ر yang bermaksud menghadiri, sakit, ada di sisi.

Kita pun biasa gunakan kalimah hadhir dalam bahasa kita.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 983: kalimah عِقَابِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘balasan’.

Kata dasar: ع ق ب yang bermaksud mengambil tempat, datang kemudian, memijak dengan tumit, mengikut seseorang dengan rapat, kejayaan, menjerit, tumit, anak, cucu, keturunan, paksi, keputusan, ganjaran.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 80 kali dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 Februari 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s