Mufradat Muka Surat 33 (11 mufradat baru)
Ayat 2:211
Mufradat 1023: kalimah سَل adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘tanyalah’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 435 (Baqarah:61): س أ ل yang bermaksud bertanya, soalan, minta.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 129 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1024: kalimah كَم adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘berapa’.
Kalimah ini digunakan sebanyak 20 kali di dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:212
Mufradat 1025: kalimah زُيِّنَ adalah dalam bentuk fi’il madhi mabni majhul dan ia bermaksud ‘dicantikkan’.
Kata dasar: ز ي ن yang bermaksud menghiasi, rahmat, kehormatan, dicantikkan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 46 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1026: kalimah يَسخَرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka memandang rendah’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 826 (Baqarah:164): س خ ر yang bermaksud mengejek, menghina, merendahkan, memandang rendah, dipaksa bekerja tanpa bayaran, dipaksa patuh, memanfaatkan, dibawa di bawah kawalan, menundukkan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 42 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1026A: kalimah يَرْزُقُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ yang bermaksud ‘dia memberi rezeki‘.
Kata dasar sama dengan Mufradat 43 (Baqarah:3): ر ز ق yang bermaksud memberikan, membekalkan, beri, kurnia.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 123 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah رَزَق (rezeki) dalam Baqarah:43
Kalimah رِزْقًا (sebagai rezeki) dalam Baqarah:22
Kalimah رُزِقُوا (mereka telah diberi) dalam Baqarah:25
Kalimah رُزِقْنَا (kami telah diberi) dalam Baqarah:25
Kalimah ارْزُقْ (berilah rezeki) dalam Baqarah:126
Ayat 2:213
Mufradat 1,027: kalimah وٰحِدَةً adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘yang satu’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 422 (Baqarah:61): و ح د yang bermaksud satu, bersendirian, unik, tiada tara, berbeza dengan yang lain, nombor satu.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 68 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:214
Mufradat 1,028: kalimah حَسِبَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘engkau fikir’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 963 (Baqarah:202): ح س ب yang bermaksud berfikir, mengagak, membayangkan, berpendapat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 109 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,029: kalimah لَمَّا adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘belum lagi’.
Kalimah ini digunakan sekali sahaja di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,030: kalimah مَسَّت atau مَسَّ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah sentuh’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 528 (Baqarah:80): م س س yang bermaksud menyentuh dan merasa dengan tangan, memukul, mengenakan, sesuatu yang susah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 61 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,031: kalimah زُلزِلُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi mabni majhul dan ia bermaksud ‘telah digoncang’.
Kata dasar: ز ل ز ل (lain dari kebiasaan kerana ada 4 huruf kali ini) yang bermaksud bergerak, agitasi, ledakan, gempa bumi.
Dari kata dasar yang sama, nama Surah al-Zalzalah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,032: kalimah مَتَىٰ adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘bila’.
Kalimah ini digunakan sebanyak 9 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,033: kalimah نَصرُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bantuan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 344 (Baqarah:48): ن ص ر yang bermaksud bantu, pertahankan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 158 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:215
Mufradat 1,033A: kalimah أنفَقَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah infak’. Jadi kalimah أنفقتم bermaksud ‘kamu telah infak’.
Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)
Kata dasar sama dengan Mufradat 4 (Baqarah:3): ن ف ق yang bermaksud sesuatu yang boleh dijual, keluar dari lubang, pakai, belanja, perbelanjaan, masuk lubang lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 111 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah َيُنفِقُون (mereka membelanjakan) dalam Baqarah:3
Kalimah أَنْفِقُوا (infaklah kamu) dalam Baqarah:195
Dan sekarang kita melihat kalimah أنفَقَ (dia telah infak)
Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.
Kemaskini: 11 September 2021