Mufradat Mukasurat 35 (Baqarah 220 – 224)

Mufradat Mukasurat 35 (22 mufradat baru)

24EC72AD-C75D-443C-A375-5F9A5B169F6E

Ayat 2:220

Mufradat 1,053: kalimah إِصلَاحٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘membetulkan keadaan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 90 (Baqarah:11): ص ل ح yang bermaksud: baik, jujur, menjadikan sesuatu itu baik, mengubah ke arah kebaikan, amalan yang baik, nama seorang Nabi (Nabi Saleh). Dari kata dasar inilah kita seorang dengar ‘orang soleh’.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 180 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,054: kalimah تُخَالِطُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari jamak dan ia bermaksud ‘bercampur gaul’.

Kata dasar: خ ل ط yang bermaksud bercampur gaul, diletakkan bersama dengan benda lain, keliru, bersetubuh, menembusi, menjangkiti, menjadi rapat, mengadakan perjanjian untuk bergabung, baik hati.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,055: kalimah مُفسِدَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang yang membuat kerosakan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 92 (Baqarah:12): ف س د yang bermaksud: berbuat jahat, berbuat kerosakan, reput, jadi buruk, salah dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 50 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,056: kalimah مُصلِحِ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang yang melakukan kebaikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 90 (Baqarah:11): ص ل ح yang bermaksud: baik, jujur, menjadikan sesuatu itu baik, mengubah ke arah kebaikan, amalan yang baik, nama seorang Nabi (Nabi Saleh). Dari kata dasar inilah kita seorang dengar ‘orang soleh’.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 180 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,057: kalimah أَعنَتَ‌ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘menyusahkan’.

Kata dasar: ع ن ت yang bermaksud mendapat susah, kesukaran, kedukaan, dibebankan dengan banyak, melakukan jenayah, menghalang orang melakukan sesuatu, jadi rosak, menyebabkan seseorang rosak, memukul dengan teruk, menyebabkan kejelikan kepada orang lain, keliru.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:221

Mufradat 1,058: kalimah تَنكِحُواْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menikahi’.

Kata dasar: ن ك ح yang bermaksud mengikat, membuat simpulan, perjanjian, mengahwini, perkahwinan.

Dalam bahasa kita pun biasa pakai kalimah ‘nikah’ ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 23 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,059: kalimah مُشرِكَـٰتِ adalah dalam bentuk isim jamak muannath dan ia bermaksud ‘wanita-wanita musyrik’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 600 (Baqarah:96): ش ر ك yang bermaksud menjadi teman, menjadi rakan kongsi, kongsi, menyertai, sembah berhala, menyamakan sifat Tuhan dengan makhluk,

Kata dasar ini digunakan sebanyak 168 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,060: kalimah أَمَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘hamba wanita’.

Kata dasar: أ م و yang bermaksud perempuan yang dijadikan sebagai hamba, menjerit, meniru.

Bahasa kita yang lama pun ada menggunakan kalimah ‘amah’ untuk pembantu rumah. Tapi tidak berapa tepat kerana أَمَةٌ bermaksud hamba.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 2 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,061: kalimah أَعجَبَت‌ atau أَعجَبَ‌ adalah dalam bentuk fi’il madhid dan ia bermaksud ‘menyenangkan kamu’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 970 (Baqarah:204): ع ج ب yang bermaksud keajaiban, terpesona, terkejut, kagum, menggembirakan, menyenangkan, kagumi, mengejutkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,062: kalimah تُنكِحُواْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘beri kahwin’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,022 (Baqarah:221): ن ك ح yang bermaksud mengikat, membuat simpulan, perjanjian, mengahwini, perkahwinan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 23 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,063: kalimah يَدعُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengajak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 175 (Baqarah:23): د ع و yang bermaksud mencari, keinginan, permintaan, memanggil, merayu, sembahyang, bertanya, kehendak, mengajak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 212 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,064: kalimah يَتَذَكَّرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mengambil peringatan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 298 (Baqarah:40): ذ ك ر yang bermaksud mengingati, mengingatkan, sebut, beritahu, membesarkan, memuji, memberi peringatan, berdakwah, lelaki.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 292 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:222

Mufradat 1,065: kalimah مَحِيضِ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘haidh’.

Kata dasar: ح ي ض yang bermaksud haidh, darah yang mengalir dari rahim.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 4 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,066: kalimah ٱعتَزِلُواْ adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘jauhilah’.

Kata dasar: ع ز ل yang bermaksud letak tepi, mengalih, mengasingkan dari yang lain, terpencil, tempat bersara, jauh.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 10 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,067: kalimah يَطهُرُ‌ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menyucikan’. Kalimah يَطهُرنَ‌ bermaksud ‘wanita-wanita itu menyucikan’ kerana ada tambahan dhomir ن di hujungnya.

Kata dasar sama dengan Mufradat 200 (Baqarah:25): ط ه ر yang bermaksud menjadi bersih, menjadi suci, basuh, menahan diri, penyucian. Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali di dalam Al-Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,068: kalimah تَطَهَّرُ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah suci’. Kalimah تَطَهَّرنَ bermaksud ‘wanita-wanita itu telah suci’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 200 (Baqarah:25): ط ه ر yang bermaksud menjadi bersih, menjadi suci, basuh, menahan diri, penyucian. Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali di dalam Al-Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,068A: kalimah أَمَرَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah arahkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 235 (Baqarah:27): أ م ر yang bermaksud perintah, kuasa, nasihat, mengepalai.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 248 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah َأَمَر (telah perintah) dalam Baqarah:27

Kalimah َتَأمُرُون (kamu menyuruh) dalam Baqarah:44

Kalimah ُيَأمُر (dia menyuruh) dalam Baqarah:67

Kalimah تُؤمَرُون (yang kamu diarahkan) dalam Baqarah:68

Kalimah أَمرِ‌ (arahan) dalam Baqarah:109

Kalimah أمرًا (satu perkara) dalam Baqarah:117

Kalimah أُمُورُ (perkara-perkara) dalam Baqarah:210

Dan sekarang kita melihat kalimah أَمَرَ (dia telah arahkan)

 

Mufradat 1,069: kalimah تَّوَّٲبِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang yang bertaubat’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 285 (Baqarah:37): ت و ب yang bermaksud kembali, taubat, menyesuaikan diri.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 87 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,070: kalimah مُتَطَهِّرِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang yang membersihkan dirinya’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 200 (Baqarah:25): ط ه ر yang bermaksud menjadi bersih, menjadi suci, basuh, menahan diri, penyucian. Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali di dalam Al-Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:223

Mufradat 1,071: kalimah أَنَّىٰ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bila’.

Kata dasar: أ ن ي yang bermaksud masa sudah tiba, masa mendekat, sebelum dan selepas, lambat, lewat, tangguh, masa panjang atau pendek.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 36 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:224

Mufradat 1,072: kalimah عُرضَةً adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘alasan’, ‘penghalang’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 250 (Baqarah:31): ع ر ض yang bermaksud mengambil tempat, terjadi, menawarkan, menunjukkan, bagi tanda, mencadangkan, mendedahkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 79 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,073: kalimah أَيمَـٰنِ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘sumpah-sumpah’.

Kata dasar: ي م ن yang bermaksud sebelah kanan, tangan kanan, sumpah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 71 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,074: kalimah تَبَرُّواْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘berbuat kebaikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 321 (Baqarah:44): ب ر ر yang bermaksud baik, lembut, pemurah, benar, kata-kata yang baik.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali dalam Al-Qur’an.

 

Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mac 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s