Mufradat Mukasurat 37 (Baqarah 231 – 233)

 

Mufradat Mukasurat 37 (26 Mufradat baru)

95CD1AC8-4C56-40D0-8EA0-20AE2401BF40

Ayat 2:231

Mufradat 1,100: kalimah بَلَغنَ adalah dalam bentuk fi’il madhi muannath dan ia bermaksud ‘mereka telah sampai’. Huruf ن di hujung itu adalah dhomir kepada ‘mereka perempuan’ (هن)

Kata dasar sama dengan Mufradat 969 (Baqarah:196): ب ل غ yang bermaksud sampai, mendapat, mengejar, berkeinginan, menyampaikan komunikasi, berita etc, berusaha, pengumuman, cukup, kandungan, musibah, baligh, sejumlah wang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 77 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah يَبلُغَ (dia sampai) dalam Baqarah:196

Dan sekarang kita melihat kalimah بَلَغنَ (mereka [wanita] telah sampai)

 

Mufradat 1,101: kalimah أَجَلَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tempoh’.

Kata dasar: أ ج ل yang bermaksud masa yang telah ditetapkan, period, hari kebangkitan, jangkamasa antara dilahirkan dan dimatikan,  jangkamasa tinggal di dunia, menangguhkan masa.

Kita pun sudah biasa dengan kalimah ‘ajal’ dalam penggunaan bahasa kita.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 56 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,102: kalimah أَمسِكُوا adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘tahanlah’, ‘peganglah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,057 (Baqarah:229): م س ك yang bermaksud menahan, meneruskan, memegang sesuatu dengan kuat, terus memegang dengan kuat, menangkap sesuatu, menahan atau menawan seseorang, mengambil sesuatu dengan tangan, seorang yang bijak dalam membuat keputusan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,103: kalimah سَرِّحُوا adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘lepaskan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,058 (Baqarah:229): س ر ح yang bermaksud menghantar, melepaskan, membebaskan, bawa ke ladang ternak / padang ragut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,104: kalimah ضِرَارًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kemudharatan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 639 (Baqarah:102): ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 74 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,105: kalimah يَعِظُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memberi pengajaran’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 465 (Baqarah:66): و ع ظ yang bermaksud menasihati, dakwah, nasihat, beri amaran, mengingatkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali dalam Al-Qur’an.

 


 Ayat 2:232

Mufradat 1,106: kalimah تَعضُلُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menghalang’.

Kata dasar: ع ض ل yang bermaksud menegakkan, tidak memberi keadilan yang sepatutnya, menghalang, menahan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 2 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,106A: kalimah تَرَاضَوْا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah bersetuju’.

Ia di dalam format Wazan VI (تفاعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 738 (Baqarah:120): ر ض و yang bermaksud puas hati, bersetuju, meluluskan, menerima, suka, berharap, merelakan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 73 kali dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah تَرضَى (redha) dalam Baqarah:120

Kalimah مَرضَاتِ (‘keseronokan’, ‘redha’) dalam Baqarah:207

Dan sekarang kita lihat kalimah تَرَاضَوْا (mereka telah bersetuju)

 

Mufradat 1,107: kalimah أَزكَىٰ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebih baik’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 316 (Baqarah:43):  ز ك و yang bermaksud meningkat, membesar, menjadi suci, penyucian, pembersihan, kebaikan, zakat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 59 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,108: kalimah أَطهَرُ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebih suci’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 200 (Baqarah:25): ط ه ر yang bermaksud menjadi bersih, menjadi suci, basuh, menahan diri, penyucian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.

 


Ayat 2:233

Mufradat 1,109: kalimah وَٲلِدٰتُ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘ibu-ibu’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 540 (Baqarah:83): و ل د yang bermaksud melahirkan, mendapat anak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,110: kalimah يُرضِعنَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menyusukan’.

Kata dasar: ر ض ع yang bermaksud menghisap, menyusu, sedut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 11 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,111: kalimah أَولَـٰدَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘anak-anak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 540 (Baqarah:83): و ل د yang bermaksud melahirkan, mendapat anak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,112: kalimah حَولَينِ adalah dalam bentuk isim muthanna (dua) dan ia bermaksud ‘dua tahun’. Penambahan يْنِ merujuk kepada dua.

Kata dasar sama dengan Mufradat 119 (Baqarah:17): ح و ل yang bermaksud akan bertukar, datang di tengah-tengah, melalui.

Kita biasa gunakan kalimah ini dalam istilah zakat. Bila ‘cukup haul’, iaitu bila cukup setahun berlalu.Ada juga masyarakat kita yang sambut Hari Haul (Hari Hol) iaitu mengingati hari kematian seseorang. (amalan bidaah).

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,113: kalimah كَامِلَينِ‌ adalah dalam bentuk isim sifah muthanna (dua) dan ia bermaksud ‘dua penuh’. Penambahan يْنِ merujuk kepada dua. Maknanya dua tahun penuh.

Kata dasar sama dengan Mufradat 899 (Baqarah:185): ك م ل yang bermaksud lengkap, kesemuanya, dicapai dengan sempurna.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,114: kalimah رَضَاعَةَ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penyusuan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,075 di atas: ر ض ع yang bermaksud menghisap, menyusu, sedut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 11 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,115: kalimah مَولُودِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bapa’ (yang mempunyai anak).

Kata dasar sama dengan Mufradat 540 (Baqarah:83): و ل د yang bermaksud melahirkan, mendapat anak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,116: kalimah كِسوَة adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pakaian’.

Kata dasar: ك س و yang bermaksud baju, pakaian.

Kita mungkin biasa dengar Kiswah Kaabah iaitu kain yang menyelubungi Kaabah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,117: kalimah تُكَلَّفُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ mabni majhul dan ia bermaksud ‘dipertanggungjawabkan’.

Kata dasar: ك ل ف yang bermaksud yang disusahkan, berusaha bersungguh-sungguh, asyik dengan sesuatu.

Kita biasa dengar istilah hamba mukallaf. Iaitu orang yang sudah sampai usia baligh dan berakal, dan telah wajib hukum syarak ke atas mereka.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 8 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,118: kalimah وُسعَ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kemampuan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 693 (Baqarah:115): و س ع yang bermaksud mencukupi, mengambil, memahami, mendakap.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,119: kalimah تُضَآرَّ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘menyusahkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 639 (Baqarah:102): ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 74 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,120: kalimah وَٲلِدَةٌ adalah dalam bentuk isim muannas dan ia bermaksud ‘ibu’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 540 (Baqarah:83): و ل د yang bermaksud melahirkan, mendapat anak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,121: kalimah وَلَدٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘anak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 540 (Baqarah:83): و ل د yang bermaksud melahirkan, mendapat anak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 102 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,122: kalimah فِصَالاً adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sapih’. Iaitu memberhentikan anak dari menyusu.

Kata dasar: ف ص ل yang bermaksud memisahkan, membezakan, letak dalam bahagian masing-masing, menjelaskan dengan terperinci, membuat keputusan di antara dua perkara, pembahagian yang jelas.

Dalam bahasa kita pun kita gunakan kalimah ‘fasal’ juga. Iaitu ada ‘fasal ini’ dan ‘fasal itu’, untuk membezakan antara dua perkara.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 43 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,122A: kalimah تَرَاضٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘persetujuan bersama’.

Ia di dalam format Wazan VI (تفاعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 738 (Baqarah:120): ر ض و yang bermaksud puas hati, bersetuju, meluluskan, menerima, suka, berharap, merelakan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 73 kali dalam Al-Qur’an dalam 11 bentuk.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah تَرضَى (redha) dalam Baqarah:120

Kalimah مَرضَاتِ (‘keseronokan’, ‘redha’) dalam Baqarah:207

Kalimah تَرَاضَوْا (mereka telah bersetuju) dalam Baqarah:232 di atas

Dan sekarang kita lihat kalimah تَرَاضٍ (persetujuan bersama)

 

Mufradat 1,123: kalimah تَشَاوُرٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bermesyuarat’, ‘berbincang’.

Kata dasar: ش و ر yang bermaksud berkumpul, ekstrak, menayangkan, tunjuk, memeriksa, rujuk, berbahas, menasihat, memberitahu, memaklumkan, mengarah, mengajak.

Kita juga gunakan kata ini dalam ‘syura’, ‘mesyuarat’.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 4 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,124: kalimah تَستَرضِعُوٓاْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘beri wanita lain menyusukan anak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,075 di atas: ر ض ع yang bermaksud menghisap, menyusu, sedut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 11 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,125: kalimah سَلَّمَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘bayar’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 486 (Baqarah:71): س ل م yang bermaksud selamat, membebaskan diri, ucapan selamat, cengkeram, menyerah diri, ikhlas, merendahkan diri, dalam keadaan baik, tidak cacat, lembut, Sulaiman.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 140 kali dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Feb 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s