Mufradat Mukasurat 38 (Baqarah 234 – 237)

Mufradat Mukasurat 38 (21 mufradat baru)

 

AD229398-F7BA-4CED-AEBC-CE14EAE0AEAD

 

Ayat 2:234

Mufradat 1,126: kalimah يُتَوَفَّونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak mabni majhul dan ia bermaksud ‘mereka dimatikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 300 (Baqarah:40): و ف ي yang bermaksud mencapai ke hujung, memenuhi janji, menjalankan amanah, membayar hutang, menjalankan janji, mati.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 66 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah أوفُوا (kamu penuhilah) dalam Baqarah:40

Kalimah ِأُوف (aku memenuhi) dalam Baqarah:40

Kalimah مُوفُونَ (mereka yang memenuhi) dalam Baqarah:177

Dan sekarang kita melihat kalimah يُتَوَفَّونَ (mereka dimatikan)

 

Mufradat 1,127: kalimah يَذَرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘meninggalkan di belakang’.

Kata dasar: و ذ ر yang bermaksud meninggalkan, tidak menghiraukan, luka, menghiris, membenarkan, menahan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 45 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,128: kalimah عَشرًا‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sepuluh’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 414 (Baqarah:60):ع ش ر pula bermaksud per sepuluh, menjadikan sepuluh, sepuluh, sedekad, sahabat, kenalan, bangsa, ramai dan banyak.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:235

Mufradat 1,129: kalimah عَرَّضَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘beri sindiran’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 250 (Baqarah:31): ع ر ض yang bermaksud mengambil tempat, terjadi, menawarkan, menunjukkan, bagi tanda, mencadangkan, mendedahkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 79 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,130: kalimah خِطبَةِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘peminangan’.

Kata dasar: خ ط ب yang bermaksud menyampaikan nasihat kepada orang, meminang wanita untuk bernikah, bercakap-cakap dengan seseorang, merujuk sesuatu kepada seseorang, beri ceramah.

Kita sudah biasa dengan kalimah Khutbah Jumaat dan khutbah lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,131: kalimah أَڪنَن adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘menyembunyikan’.

Kata dasar: ك ن ن yang bermaksud menutup, simpan, rahsia, tersorok, tempat berlindung, penutup.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 12 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,131A: kalimah تُوَاعِدُوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ majzum dan ia bermaksud ‘kamu menjanjikan’.

Ia di dalam format Wazan III (فاعل)

Kata dasar sama dengan Mufradat 389 (Baqarah:51): و ع د yang bermaksud berjanji, mengugut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 151 kali di dalam Al-Qur’an dalam 10 bentuk.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah وٰعَدَ atau واعَدَ (telah menjanjikan) dalam Baqarah:51

Dan sekarang kita melihat kalimah تُوَاعِدُوا (kamu menjanjikan)

 

Mufradat 1,132: kalimah سِرًّا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘dalam keadaan rahsia’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 479 (Baqarah:69): س ر ر yang bermaksud gembira, suka, bercakap dengan rahsia, memberitahu rahsia, menjelaskan rahsia, rahsia, hati, naluri, perkahwinan, asal, misteri, secara bersendirian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 44 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,133: kalimah تَعزِمُواْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘bertekad’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,047 (Baqarah:227): ع ز م yang bermaksud berazam untuk melakukan sesuatu, buat keputusan, mencadangkan, menjalankan resolusi, hati nekad.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,134: kalimah عُقدَةَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ikatan’.

Kata dasar: ع ق د yang bermaksud ikut simpulan pada tali, tawar menawar, perjanjian, bersetuju bertanggungjawab atas sesuatu, ikatan, penghakiman, pengurusan, berjanji untuk taat.

Dari kata dasar ini menjadi kalimah Aqidah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,135: kalimah نِڪَاحِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘perkahwinan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,022 (Baqarah:221): ن ك ح yang bermaksud mengikat, membuat simpulan, perjanjian, mengahwini, perkahwinan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 23 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,136: kalimah ٱحذَرُوا‌ adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘takutlah kamu’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 138 (Baqarah:19): ح ذ ر yang bermaksud berhati-hati, berjaga-jaga, ambil langkah keselamatan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 21 kali dalam Al-Qur’an.

 


 

Ayat 2:236

Mufradat 1,137: kalimah تَمَسُّوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘kamu menyentuh’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 529 (Baqarah:80): م س س yang bermaksud menyentuh dan merasa dengan tangan, memukul, mengenakan, sesuatu yang susah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 61 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,138: kalimah فَرِيضَةً‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘mahr’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 471 (Baqarah:68): ف ر ض yang bermaksud menetapkan hukum, menentukan, menetapkan, melantik, menjadi tua.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 18 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,139: kalimah مُوسِعِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang kaya’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 693 (Baqarah:115): و س ع yang bermaksud mencukupi, mengambil, memahami, mendakap.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,140: kalimah مُقتِرِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang miskin’.

Kata dasar: ق ت ر yang bermaksud kedekut, genggam, ada sedikit sahaja, hampir tidak cukup dengan keperluan, beri nafkah keperluan asas sahaja, habuk, murung, kegelapan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,141: kalimah مَتَـٰعًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pemberian’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 281 (Baqarah:36): م ت ع yang bermaksud digunakan, barang kegunaan, sesuatu yang berguna, keperluan, komoditi.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 70 kali dalam Al-Qur’an.

 


Ayat 2:237

Mufradat 1,142: kalimah نِصفُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘separuh’.

Kata dasar: ن ص ف yang bermaksud separuh, sampai ke bahagian tengah, membahagikan sesuatu kepada dua bahagian.

Kita biasa gunakan kalimah ini dalam Nisfu Syaaban. Kerana ia adalah hari pertengahan Syaaban (15 Syaaban). Dan juga nama seperti Ahmad Nisfu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,143: kalimah يَعفُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘memaafkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 370 (Baqarah:52): ع ف و yang bermaksud memaafkan, banyak, melepasi, melupakan, membesar, berganda, menghapuskan semua kesan, beri lebih dari yang sepatutnya.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 35 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,144: kalimah يَدٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tangan’.Kata dasar: ي د ي yang bermaksud sentuh, bantu, melakukan kebaikan, pemurah, menunjuk kekuasaan, tangan, kekuatan kewangan, pemilikan. Kata dasar ini ada juga digunakan dalam Mufradat 458 (Baqarah:66).Kata dasar ini digunakan sebanyak 120 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,145: kalimah أَقرَبُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebih dekat’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 271 (Baqarah:35): ق ر ب yang bermaksud rapat, dekat, mendekati, di tangan, ahli keluarga, perhubungan rapat, mendekatkan kepada Allah, malam, qurban.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 96 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,146: kalimah تَنسَوُاْ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘lupa’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 322 (Baqarah:44): ن س و yang bermaksud lupa, melupakan, meninggalkan, buat tidak endah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 45 kali dalam Al-Qur’an.

 

Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Jun 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s