Mufradat Mukasurat 41 (Baqarah 249 – 252)

Mufradat Mukasurat 41 (27 Mufradat Baru)

Ayat 2:249

Mufradat 1,181: kalimah فَصَلَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah bertolak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,203 (Baqarah:233): ف ص ل yang bermaksud memisahkan, membezakan, letak dalam bahagian masing-masing, menjelaskan dengan terperinci, membuat keputusan di antara dua perkara, pembahagian yang jelas.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 43 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,182: kalimah جُنُودِ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘tentera’.

Kata dasar: ج ن د yang bermaksud kumpul atau menghimpunkan, menyediakan tentera, para lelaki yang bersedia untuk berperang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 29 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,183: kalimah مُبتَلِي adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penguji’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 349 (Baqarah:49): ب ل و yang bermaksud lusuh, reput. Kata dasar ini digunakan sebanyak 38 kali dalam Al-Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 38 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,184: kalimah نَهَرٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sungai’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 194 (Baqarah:25): ن ه ر yang bermaksud mengalirkan air, tidak suka, melawan, memarahi, mengalir dengan banyak, siang, waktu cerah.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 113 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,185: kalimah شَرِبَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah minum’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 409 (Baqarah:60): ش ر ب yang bermaksud minum, telan, tenggelam, menyerap, masa minum, tempat minum, meminum, minuman.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 39 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,186: kalimah يَطعَم adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘merasai’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 413 (Baqarah:61): ط ع م yang bermaksud makan, rasa, telan, selera, memberi makan, cara makan, makanan, buah yang sudah masak, tempat makan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 48 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,187: kalimah ٱغتَرَفَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘mengambil’.

Kata dasar: غ ر ف yang bermaksud ambil, potong, bengkok, patah, sukatan air yang dicakup dengan telapak tangan, bilik yang paling tinggi di atas bangunan, istana yang paling tinggi di syurga, air yang banyak, pantas.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,188: kalimah غُرفَةَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘air sebanyak tapak tangan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,265: غ ر ف yang bermaksud ambil, potong, bengkok, patah, sukatan air yang dicakup dengan telapak tangan, bilik yang paling tinggi di atas bangunan, istana yang paling tinggi di syurga, air yang banyak, pantas.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,189: kalimah شَرِبُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘tangan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 409 (Baqarah:60): ش ر ب yang bermaksud minum, telan, tenggelam, menyerap, masa minum, tempat minum, meminum, minuman.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 39 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,190: kalimah جَاوَزَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘melepasi’.

Kata dasar: ج و ز yang bermaksud melepasi sesuatu, meninggalkan sesuatu tempat di belakang, melalui satu kawasan, melepasi batasan, berlebihan dalam sesuatu, memberi, tidak perasan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 5 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,191: kalimah جَالُوتَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘Jalut’. Beliau adalah seorang raja yang menentang Bani Israil. Dia telah dibunuh oleh Nabi Daud a.s.

 

Mufradat 1,192: kalimah مُّلَـٰقُواْ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang berjumpa’.

Kata dasar sama seperti Mufradat 98 (Baqarah:14): ل ق ي yang bermaksud berjumpa, bertemu, melihat, bertembung, mengalami, melalui, menerima, bertemu bersemuka, menuju ke arah sesuatu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 146 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,193: kalimah ڪَم adalah dalam bentuk isim istifham dan ia bermaksud ‘berapa banyak?’.

 

Mufradat 1,194: kalimah فِئَةٍ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kumpulan’.

Kata dasar: ف أ ي yang bermaksud kumpulan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 11 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,195: kalimah قَلِيلَةٍ adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘kecil’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 306 (Baqarah:41): ق ل ل yang bermaksud sedikit dari segi bilangan, jarang, kecil.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 76 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,196: kalimah غَلَبَت atau غَلَبَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah mengalahkan’.

Kata dasar: غ ل ب yang bermaksud mengalahkan, menawan, melemahkan, menguasai, melebihi, lebih kuat dari segi kekuatan dan kuasa.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:250

Mufradat 1,197: kalimah بَرَزُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘keluar bergerak’.

Kata dasar: ب ر ز yang bermaksud pergi, keluar, mengeluarkan, menjelma, menerbit, buka penutup, melepasi, orang yang nampak bijaksana, padang luas tanpa pokok.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,198: kalimah أَفرِغ adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘tuanglah’.

Kata dasar: ف ر غ yang bermaksud menjadikan kosong, menghabiskan sesuatu, berhenti dari melakukan sesuatu, tiada kerja atau tugasan, bebas.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,199: kalimah ثَبِّت adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘tetapkanlah’.

Kata dasar: ث ب ت yang bermaksud menjadi tetap, kukuh, kekal di sesuatu tempat, menguatkan, penetapan, kepastian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 18 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,200: kalimah أَقدَام adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘kaki-kaki’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 617 (Baqarah:95): ق د م yang bermaksud mendahului, tampil ke hadapan, mengetahui sekumpulan manusia, pulang, berpusing, kedudukan, kaki, asas, contoh, kekuatan, bergerak ke hadapan, tua, lama, purba, hantar dahulu, hantar ke hadapan, buat persediaan, mencadangkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 48 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,201: kalimah ٱنصُر adalah dalam bentuk fi’il amr dan ia bermaksud ‘bantulah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 337 (Baqarah:48): ن ص ر yang bermaksud bantu, pertahankan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 158 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:251

Mufradat 1,202: kalimah هَزَمُوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘telah mengalahkan’.

Kata dasar: ه ز م yang bermaksud mengalahkan, mengatasi, mengusir.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 3 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,202A: kalimah قَتَلَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah membunuh’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas

Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah قِتَالُ (peperangan) dalam Baqarah:216

Kalimah نُقَـٰتِل (kita berperang) dalam Baqarah:246

Dan sekarang kita melihat kalimah قَتَلَ (dia telah membunuh)

 

Mufradat 1,203: kalimah دَفعُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘menolak’.

Kata dasar: د ف ع yang bermaksud menolak, menahan, menghalau, melencongkan, mempertahankan, membuang, senyap, memujuk, menghantar, perjuangan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 10 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,204: kalimah فَسَدَتِ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah berbuat kerosakan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 86 (Baqarah:11): ف س د yang bermaksud: berbuat jahat, berbuat kerosakan, reput, jadi buruk, salah dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 50 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,205: kalimah ذُو adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘memiliki’.


 

Ayat 2:252

Mufradat 1,206: kalimah تِلكَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘itulah’.

 

Mufradat 1,207: kalimah مُرسَلِينَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang diutus’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 589 (Baqarah:87): ر س ل yang bermaksud menghantar utusan, menganugerah, melepaskan, wakil. pembawa mesej, misi.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 513 kali dalam Al-Qur’an.

 

Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 Disember 2020

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s