Mufradat Mukasurat 42 (21 Mufradat Baru)
Ayat 2:253
Mufradat 1,208: kalimah كَلَّمَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah berkata-kata’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 279 (Baqarah:37): ك ل م yang bermaksud bercakap, menyampaikan sesuatu.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 75 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,209: kalimah ٱقتَتَلَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘berbunuh-bunuhan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54
Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61
Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72
Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85
Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154
Kalimah قَتلَى (pembunuhan) dalam Baqarah:178
Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190
Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190
Kalimah قَتلِ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas
Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah قِتَالُ (peperangan) dalam Baqarah:216
Kalimah نُقَـٰتِل (kita berperang) dalam Baqarah:246
Kalimah قَتَلَ (dia telah membunuh) dalam Baqarah:251
Dan sekarang kita melihat kalimah ٱقتَتَلَ (berbunuh-bunuhan)
Mufradat 1,209A: kalimah ٱقتَتَلُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka berbunuh-bunuhan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54
Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61
Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72
Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85
Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154
Kalimah قَتلَى (pembunuhan) dalam Baqarah:178
Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190
Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190
Kalimah قَتلِ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas
Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah قِتَالُ (peperangan) dalam Baqarah:216
Kalimah نُقَـٰتِل (kita berperang) dalam Baqarah:246
Kalimah قَتَلَ (dia telah membunuh) dalam Baqarah:251
Kalimah ٱقتَتَلَ (berbunuh-bunuhan) dalam Baqarah:253 di atas
Dan sekarang kita melihat kalimah ٱقتَتَلُواْ (mereka berbunuh-bunuhan)
Ayat 2:254
Mufradat 1,210: kalimah أَنفِقُواْ adalah dalam bentuk fi’il amr jamak dan ia bermaksud ‘infaklah’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 41 (Baqarah:3): ن ف ق yang bermaksud sesuatu yang boleh dijual, keluar dari lubang, pakai, belanja, perbelanjaan, masuk lubang lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 111 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,211: kalimah بَيعٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘jual beli’.
Kata dasar: ب ي ع yang bermaksud jual atau beli, pertukaran barangan, menguasai seseorang, membuat perjanjian, menyewa.
Dalam Muamalat Sistem Perbankan Islam, ada satu produk dinamakan Bai’ Bithaman Ajil. Iaitu jual beli tapi bayar secara ansuran.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 15 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,212: kalimah خُلَّةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘persahabatan’.
Kata dasar: خ ل ل bermaksud menjadi kurus, hilang, miskin, berkehendak, mencucuk sesuatu, mengalih benda, jadi basi, arak yang menjadi cuka, berkawan dengan ikhlas, tidak menjalankan tugas dengan sempurna, mengeluarkan buah yang buruk, memasuki sesuatu, campur tangan, longgar, pakai gelang, menjadi tua, mati dan meninggalkan pangkat untuk diisi, kebiasaan (habit), cacat, meninggalkan sesuatu dan mengambil sesuatu.
Kedudukan Nabi Ibrahim di sisi Allah adalah sebagai Khalilullah (sahabat Allah).
Kata dasar ini digunakan sebanyak 13 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:255
Mufradat 1,213: kalimah حَىُّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang hidup’.
Kata dasar sama seperti Mufradat 203 (Baqarah:26): ح ي ي yang bermaksud hidup, menjadi malu, berjaga malam, membajai tanah, mengekalkan seseorang terus hidup, menyelamatkan nyawa seseorang, menjaga maruah.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 184 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,214: kalimah قَيُّومُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘terus menerus mengurus (mendirikan)’.
Kata dasar yang sama dengan Mufradat 21 (Fatihah:6): ق و م yang bermaksud berdiri tegak, menjalankan, golongan, keadaan baik.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 660 kali di dalam Al-Qur’an dalam 22 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah مُستَقِيم (yang tegak) dalam Fatihah:6
Kalimah َيُقِيمُون (mereka mendirikan) dalam Baqarah:3
Kalimah قامُوا (mereka telah berdiri) dalam Baqarah:20
Kalimah أقيموا (kamu dirikanlah) dalam Baqarah:43
Kalimah قَوْمِ (kaum) dalam Baqarah:54
Kalimah قِيَامَةِ (hari kebangkitan‘ atau ‘kiamat’) dalam Baqarah:85
Kalimah مَقَامَ (tempat berdiri) dalam Baqarah:125
Kalimah أَقَامَ (dia telah mendirikan) dalam Baqarah:177
Kalimah يُقِيمَا (mereka berdua mendirikan/menegakkan) dalam Baqarah:229
Kalimah قُومُواْ (kamu berdirilah) dalam Baqarah:238
Dan sekarang kita melihat kalimah قَيُّومُ (terus menerus mengurus/mendirikan)
Mufradat 1,215: kalimah سِنَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘mengantuk’.
Kata dasar: و س ن yang bermaksud tidur, mengantuk.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 1 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,216: kalimah نَومٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tidur’.
Kata dasar: ن و م yang bermaksud tidur, mengantuk, menjadi tenang, reda, membosankan, kebas.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,217: kalimat مَن ذَا adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘siapa’.
Mufradat 1,218: kalimah يُحِيطُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘meliputi’, ‘mengepung’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 549 (Baqarah:81): ح و ط yang bermaksud memerhati, menjaga, meliputi
Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,219: kalimah كُرسِيُّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kerusi’. Di dalam bahasa Melayu pun menggunakan kalimah yang sama.
Kata dasar: ك ر س yang bermaksud menjumpai, berkumpul.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 2 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,220: kalimah يَـُٔودُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memenatkan’.
Kata dasar: أ و د yang bermaksud memenatkan, menolak, menuju ke arah penghujungnya.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 1 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,221: kalimah عَلِىُّ adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘amat tinggi’.
Kata dasar: ع ل و yang bermaksud atas, di, bawah, diberikan, supaya, kerana, sebelum, kepada, dekat.
Dari kata dasar ini menjadi Ali, ta’ala.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 70 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:256
Mufradat 1,222: kalimah إِكرَاهَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘paksaan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 1,118 (Baqarah:216): ك ر ه yang bermaksud sesuatu yang sukar, tidak disukai, dibenci, tidak rela.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 41 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,223: kalimah غَىِّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kesesatan’.
Kata dasar: غ و ي yang bermaksud tidak berfikir, tidak endah, tidak beri perhatian, tidak sengaja, tidak bertimbang rasa, tidak peduli, pelupa, perjalanan di dalam gelap, tersasar terlalu jauh, kegelapan, hitam yang amat sangat, bahagian awal dari masa muda, perut.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 22 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,224: kalimah طَّـٰغُوتِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘yang disembah selain Allah’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 104 (Baqarah:15): ط غ ي yang bermaksud melebihi batas, keluar dari orbit, melepasi kawasan, naik tinggi, marah, sesat, nakal, melawan, sangat jahat, tidak adil dan lain-lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 39 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,225: kalimah ٱستَمسَكَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah menggenggam’.
Kata dasar: م س ك yang bermaksud simpan, menahan, kedekut, memegang sesuatu dengan kuat, menangkap sesuatu, memegang dengan tangan, bijak dalam membuat keputusan. .
Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,226: kalimah عُروَةِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘simpulan’.
Kata dasar: ع ر و yang bermaksud datang kepada seseorang, ditimpa, meliputi, menghentam, dikenakan, sokongan, pegangan, kekal, harta yang berharga.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 3 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,227: kalimah وُثقَىٰ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘teguh’.Kata dasar sama dengan Mufradat 220 (Baqarah:27): و ث ق yang bermaksud meletakkan kepercayaan kepada seseorang, bergantung kepada seseorang, ikat.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 34 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,228: kalimah ٱنفِصَامَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pecah’.
Kata dasar: ف ص م yang bermaksud mematahkan, meretakkan tanpa putus.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 1 kali dalam Al-Qur’an.
Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.
Kemaskini: 14 Februari 2021