Mufradat Mukasurat 40 (Baqarah 246 – 248)

Mufradat Mukasurat 40 (18 mufradat baru)

Ayat 2:246

Mufradat 1,163: kalimah مَلَإِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ketua-ketua’.

Kata dasar: م ل ا yang bermaksud memenuhi, memuaskan, tolong, bantu, para ketua kaum.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 40 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,163A: kalimah نَبِيٍّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘seorang Nabi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 270 (Baqarah:31): ن ب أ yang bermaksud yang bersifat tinggi, memberitahu, menjelaskan, bercakap dengan suara yang senyap, nabi, datang, maklumat, penerangan, berita, cerita dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 160 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah أَنۢبِـُٔوا (kamu beritahulah) dalam Baqarah:31

Kalimah أَنۢبِـأ (engkau beritahulah) dalam Baqarah:33

Kalimah َنَبِيِّن (para Nabi) dalam Baqarah:61

Kalimah أنبِيَاءَ (para Nabi) dalam Baqarah:91

Kalimah نَبِيُّونَ (para Nabi) dalam Baqarah:136

Dan sekarang kita melihat kalimah نَبِيٍّ (seorang Nabi)

 

Mufradat 1,164: kalimah مَلِڪًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘raja’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 10 (Fatihah:4): م ل ك yang bermaksud memerintah, mampu, mengawal, kuasa, raja, kerajaan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 206 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,164A: kalimah نُقَـٰتِل adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘kita berperang’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:178

Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190

Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190

Kalimah قَتلِ‌ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas

Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi) dalam Baqarah:191

Kalimah قِتَالُ (peperangan) dalam Baqarah:216

Dan sekarang kita melihat kalimah نُقَـٰتِل (kita berperang)

 

Mufradat 1,165: kalimah هَل adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘adakah’. Ia digunakan dalam bentuk soalan.

 

Mufradat 1,166: kalimah إِن adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘jika’.

 

Mufradat 1,167: kalimat أَلَّا adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘akan tidak’. Ia sebenarnya adalah gabungan harf أن (adalah) dan juga لا (tidak).

 

Mufradat 1,168: kalimat مَا لَنَا adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘kenapa kami tidak’. Ia adalah gabungan harf ما, harf ل dan dhomir نا.

 

Mufradat 1,169: kalimah قَد adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘sesungguhnya telah’.

 

Mufradat 1,170: kalimah أُخرِج adalah dalam bentuk fi’il madhi mabni majhul dan ia bermaksud ‘telah dikeluarkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 165 (Baqarah:165): خ ر ج yang bermaksud keluar, mengasingkan diri, meninggalkan, menentang, mengajar, buat perjanjian, dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 182 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,171: kalimah تَوَلَّواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka berpaling’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 449 (Baqarah:64): و ل ي yang bermaksud menjadi dekat, rapat, ikut. Kalimah ‘wali’ juga diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 232 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:247

Mufradat 1,172: kalimah طَالُوتَ adalah dalam bentuk isim dan beliau adalah nama pemimpin yang dipilih Allah pada zaman Nabi Samuel dan Nabi Dawud (sebelum diangkat menjadi Nabi). Dalam Bible, beliau dipanggil Saul.

 

Mufradat 1,173: kalimah يُؤتَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ mabni majhul dan ia bermaksud ‘diberikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 172 (Baqarah:23): أ ت ي yang bermaksud datang, kejar, bawa ke hadapan, tunjuk, bertambah, mengeluarkan, bawa, bayar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali di dalam Al-Qur’an.  

 

Mufradat 1,174: kalimah سَعَةً۬ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘banyak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 717A (Baqarah:115): و س ع yang bermaksud mencukupi, mengambil, memahami, mendakap.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali dalam Al-Qur’an. 

 

Mufradat 1,175: kalimah بَسطَةً adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘luas’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,241 (Baqarah:245): ب س ط yang bermaksud mengembangkan, sebar, gembira, .

Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali dalam Al-Qur’an. 

Mufradat 1,176: kalimah يُؤتِى adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘memberikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 172 (Baqarah:23): أ ت ي yang bermaksud datang, kejar, bawa ke hadapan, tunjuk, bertambah, mengeluarkan, bawa, bayar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali di dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:248

Mufradat 1,177: kalimah ٱلتَّابُوتُ adalah dalam bentuk isim dan ia adalah peti yang mengandungi Kitab Taurat di dalamnya.

 

Mufradat 1,178: kalimah سَڪِينَةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ketenangan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 262 (Baqarah:35): س ك ن yang bermaksud senyap, rehat, berhenti, tenang, terpelihara, berkat, miskin, lemah lembut, dalam keadaan rendah, tidak mampu bekerja kerana tidak upaya.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 69 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,179: kalimah بَقِيَّةٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tinggalan’.

Kata dasar: ب ق ي yang bermaksud sesuatu atau seseorang yang tinggal, sambung, berterusan, sentiasa, melihat, mengawal, menjaga, bahagian yang tinggal.

Dalam Bahasa Malaysia pun ada kalimah ‘baki’.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 21 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,180: kalimah تَحمِلُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dibawa’.

Kata dasar: ح م ل yang bermaksud mengandung, mengangkat, ambil, menyampaikan, tunjuk.

Bahasa Melayu pun ada kalimah: hamil yang diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 64 kali dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Februari 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s