Mufradat Mukasurat 34 (19 mufradat baru)
Ayat 2:216
Mufradat 1,034: kalimah قِتَالُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘peperangan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54
Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61
Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72
Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85
Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154
Kalimah قَتلَى (pembunuhan) dalam Baqarah:178
Kalimah قَـٰتِلُواْ (kamu perangilah) dalam Baqarah:190
Kalimah يُقَاتِلُونَ (mereka memerangi) dalam Baqarah:190
Kalimah قَتلِ (pembunuhan) dalam Baqarah:191 di atas
Kalimah تُقَـٰتِلُوا (kamu memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah يُقَـٰتِلُوا (mereka memerangi) dalam Baqarah:191
Kalimah قَـٰتَلُوا (mereka telah memerangi) dalam Baqarah:191
Dan sekarang kita melihat kalimah قِتَالُ (peperangan)
Mufradat 1,035: kalimah كُرهٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sesuatu yang dibenci’.
Kata dasar: ك ر ه yang bermaksud sesuatu yang sukar, tidak disukai, dibenci, tidak rela.
Kalimah ‘makruh’ yang kita selalu gunakan diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 41 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,036: kalimah عَسَىٰٓ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘tapi mungkin’.
Kata dasar: ع س ي.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 30 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,037: kalimah شَرٌّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘sesuatu yang buruk’.
Kata dasar: ش ر ر yang bermaksud melakukan kejahatan, buruk, jahat, mencari kesalahan, mencemarkan, ganas, bunga api.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:217
Mufradat 1,038: kalimah كَبِيرٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘besar’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 262 (Baqarah:34): ك ب ر yang bermaksud keras, besar, hebat, membesar.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 161 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,039: kalimah صَدٌّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘menghalang’.
Kata dasar: ص د د yang bermaksud memalingkan, mengalih arah, halang, menjauhkan, menaikkan, teriak, jerit, air yang panas menggelegak.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 42 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,039A: kalimah کَافِرٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang yang kufur’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 55 (Baqarah:6): ك ف ر yang bermaksud menutup, menyorokkan, menolak, ingkar, tidak percaya, tidak berterima kasih, tidak beriman, kuda hitam, malam yang gelap, petani.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 525 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah كَفَرُوا (mereka telah kufur) dalam Baqarah:6
Kalimah كافِرِين (orang-orang kufur) dalam Baqarah:19
Kalimah تَكفُرُونَ (kamu sedang kufur) dalam Baqarah:28
Kalimah كَافِرِ (yang menutup, kufur) dalam Baqarah:41
Kalimah كُفرِ (pengingkaran) dalam Baqarah:88
Kalimah يَڪفُرُوا (mereka kufur) dalam Baqarah:90
Kalimah يَكفُرُونَ (mereka sedang kufur) dalam Baqarah:91
Kalimah يَكفُرُ (dia kufur) dalam Baqarah:99
Kalimah کَفَرَ (dia telah kufur) dalam Baqarah:102
Kalimah تَكفُر (engkau kufur) dalam Baqarah:102
Kalimah کُفرَ (kekufuran) dalam Baqarah:108
Kalimah كُفَّارًا (dalam keadaan kufur) dalam Baqarah:109
Kalimah يَكفُر (dia kufur) dalam Baqarah:121
Kalimah كُفَّارٌ (orang-orang yang kufur/engkar) dalam Baqarah:161
Dan sekarang kita melihat kalimah کَافِرٌ (orang yang kufur)
Mufradat 1,040: kalimah أَكبَرُ adalah dalam bentuk isim sifah dan ia bermaksud ‘lebih besar’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 262 (Baqarah:34): ك ب ر yang bermaksud keras, besar, hebat, membesar.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 161 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,041: kalimah يَزَالُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka berhenti’.
Kata dasar: ز ي ل yang bermaksud tidak meneruskan, tidak lagi, mengasingkan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 10 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,042: kalimah يَرُدُّوا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengembalikan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 565 (Baqarah:85): ر د د yang bermaksud menghantar balik, patah ke belakang, menolak, enggan, mengembalikan, ambil balik, ulang.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 59 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,043: kalimah ٱستَطَـٰعُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka mampu’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 813 (Baqarah:158): ط و ع yang bermaksud ikut arahan, membenarkan, ketaatan, melakukan dengan sukarela, melakukan sesuatu dengan usaha, mampu, ada kuasa.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 129 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,044: kalimah يَرتَدِد adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘berpaling kembali’, ‘murtad’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 565 (Baqarah:85): ر د د yang bermaksud menghantar balik, patah ke belakang, menolak, enggan, mengembalikan, ambil balik, ulang.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 59 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,045: kalimah حَبِطَت atau حَبِطَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘menjadi tidak bernilai’.
Kata dasar: ح ب ط yang bermaksud sia-sia, tidak berhasil, rosak, musnah, jadi tidak berguna, jadi tidak berkesan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 16 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:218
Mufradat 1,046: kalimah هَاجَرُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘telah berpindah’.
Kata dasar: ه ج ر yang bermaksud meninggalkan tempat, mengasingkan diri dari sesuatu perkara, menahan diri, menjauhi, meninggalkan perbuatan buruk, perbuatan buruk, kata-kata yang sia-sia.
Perkataan ‘hijrah’ diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,047: kalimah جَـٰهَدُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘berusaha keras’.
Kata dasar: ج ه د yang bermaksud berusaha keras, menggunakan segala tenaga untuk melakukan sesuatu, melelahkan diri kerana berusaha keras, menyelidiki seseorang atau sesuatu, berperang kerana sesuatu perkara, memikirkan sesuatu dengan mendalam, meletakkan benda berat di atas tunggangan.
Kalimah jihad diambil dari kata dasar ini.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 41 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,048: kalimah يَرجُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengharap’.
Kata dasar: ر ج و yang bermaksud berharap, menunggu-nunggu, menunda, mengetepikan, takut, meminta-minta, sempadan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 28 kali dalam Al-Qur’an.
Ayat 2:219
Mufradat 1,049: kalimah خَمرِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘arak’.
Kata dasar: خ م ر yang bermaksud penutup, berubah keadaan dari keadaan asal, bercampur bahan yang banyak, arak, wain, mekap, perkara yang memabukkan dan menutup akal/intelek, manusia ramai berkumpul, bau pewangi, jumpa dengan rahsia, penutup kepala wanita, turban bagi lelaki, sesuatu yang dijeruk.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,050: kalimah مَيسِرِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘judi’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 898 (Baqarah:185): ي س ر yang bermaksud menjadi lembut, menjadi sikit, datang dari sebelah kiri, dibahagikan kepada beberapa bahagian, menjadi mudah, bermain dengan anak panah (undi nasib), judi.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 44 kali di dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,051: kalimah عَفوَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebihan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 370 (Baqarah:52): ع ف و yang bermaksud memaafkan, banyak, melepasi, melupakan, membesar, berganda, menghapuskan semua kesan, beri lebih dari yang sepatutnya.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 35 kali dalam Al-Qur’an.
Mufradat 1,052: kalimah تَتَفَكَّرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘kamu memikirkan’.
Kata dasar: ف ك ر yang bermaksud berfikir tentang sesuatu, mencari maklumat tentang sesuatu, memeriksa dengan akal, menggunakan akal.
Kita pun biasa gunakan kalimah ‘fikir’ dalam bahasa kita juga.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 18 kali dalam Al-Qur’an.
Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat seterusnya.
Kemaskini: 10 Disember 2020