Mufradat Mukasurat 52
Ayat 3:17
Mufradat 1,414: kalimah مُنْفِقِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang yang berinfak’.
Ia di dalam format Wazan IV (أفعل)
Kata dasar sama dengan Mufradat 4 (Baqarah:3): ن ف ق yang bermaksud sesuatu yang boleh dijual, keluar dari lubang, pakai, belanja, perbelanjaan, masuk lubang lain.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 111 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:
Kalimah َيُنفِقُون (mereka membelanjakan) dalam Baqarah:3
Kalimah أَنْفِقُوا (infaklah kamu) dalam Baqarah:195
Kalimah أنفَقَ (dia telah infak) dalam Baqarah:215
Kalimah أَنْفَقُوا (mereka telah infak) dalam Baqarah:262
Kalimah يُنفِقُ (dia telah infak) dalam Baqarah:264
Kalimah تُنْفِقُونَ (kamu telah infak) dalam Baqarah:267
Kalimah نَفَقَةٍ (perbelanjaan) dalam Baqarah:170
Kalimah تُنْفِقُوا (kamu telah infak) dalam Baqarah:172
Kalimah تُنْفِقُونَ (kamu infak) dalam Baqarah:172
Dan sekarang kita melihat kalimah مُنْفِقِينَ (orang-orang yang berinfak)
Mufradat 1,415: kalimah مُسْتَغْفِرِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang yang meminta ampun’.
Ia di dalam format Wazan X (استفعل)
Kata dasar sama dengan Mufradat 431 (Baqarah:58): غ ف ر yang bermaksud lindungi, tutup, perisai, maafkan, ampun.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 234 kali dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah melihat berbagai bentuk kata dasar ini digunakan:
Kalimah نَغفِر (kami akan mengampunkan) dalam Baqarah:58
Kalimah غَفُورٌ (sentiasa mengampuni) dalam Baqarah:173
Kalimah مَغفِرَةِ (keampunan) dalam Baqarah:175
Kalimah ٱستَغفِرُواْ (kamu minta ampunlah) dalam Baqarah:199
Kalimah يَغفِرُ (dia mengampunkan) dalam Baqarah:284
Kalimah غُفرَانَ (pengampunan) dalam Baqarah:285
Dan sekarang kita melihat kalimah مُسْتَغْفِرِينَ (orang-orang yang meminta ampun)
Mufradat 1,416: kalimah أَسْحَارِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘waktu sahur’ iaitu sepertiga akhir malam sebelum masuk waktu subuh.
Kata dasar sama dengan Mufradat 653 (Baqarah:102): س ح ر yang bermaksud menukar arah, menukar sesuatu kepada sesuatu, menjadikan sesuatu yang tidak ada nampak seperti ada, menipu, menyulap, awal pagi (waktu sahur), makanan yang basi, menakjubkan mata.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 63 kali di dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah melihat berbagai bentuk kata dasar ini digunakan:
Kalimah سِحرٌ (‘sihir’ atau ‘magik’) dalam Baqarah:102
Dan sekarang kita melihat kalimah أَسْحَارِ (waktu sahur)
Ayat 3:18
Mufradat 1,417: kalimah قَائِمًا adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘berdiri tegak’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 21 (Fatihah:6): ق و م yang bermaksud tegak berdiri, kukuh, bangkit berdiri, menguruskan, menjadikan sesuatu lurus, kaum, masyarakat, tempat tinggal, kedudukan.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 660 kali di dalam Al-Qur’an dalam 22 bentuk.
Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah مُستَقِيم (yang tegak) dalam Fatihah:6
Kalimah َيُقِيمُون (mereka mendirikan) dalam Baqarah:3
Kalimah قامُوا (mereka telah berdiri) dalam Baqarah:20
Kalimah أقيموا (kamu dirikanlah) dalam Baqarah:43
Kalimah قَوْمِ (kaum) dalam Baqarah:54
Kalimah قِيَامَةِ (hari kebangkitan‘ atau ‘kiamat’) dalam Baqarah:85
Kalimah مَقَامَ (tempat berdiri) dalam Baqarah:125
Kalimah أَقَامَ (dia telah mendirikan) dalam Baqarah:177
Kalimah يُقِيمَا (mereka berdua mendirikan/menegakkan) dalam Baqarah:229
Kalimah قُومُواْ (kamu berdirilah) dalam Baqarah:238
Kalimah قَيُّومُ (terus menerus mengurus/mendirikan) dalam Baqarah:255
Kalimah يَقُومُونَ (mereka berdiri) dalam Baqarah:275
Kalimah يَقُومُ (dia berdiri) dalam Baqarah:275
Kalimah أَقَامُوا (mereka telah mendirikan) dalam Baqarah:277
Kalimah أَقوَمُ (lebih tegak) dalam Baqarah:282
Dan sekarang kita melihat kalimah قَائِمًا (berdiri tegak)
Mufradat 1,418: kalimah قِسْطِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘keadilan’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 1,352 (Baqarah:282): ق س ط yang bermaksud melencong dari keadilan, bertindak dengan tidak adil, bertindak adil, keadilan, sama rata.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 25 kali dalam Al-Qur’an dalam 5 bentuk.
Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah أَقسَطُ (lebih adil) dalam Baqarah:282
Dan sekarang kita melihat kalimah قِسْطِ (keadilan)
Ayat 3:20
Mufradat 1,419: kalimah حَاجُّوا adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka telah berhujah’.
Ia di dalam format Wazan III (فاعل)
Kata dasar sama dengan Mufradat 564 (Baqarah:76): ح ج ج yang bermaksud bertujuan ke satu arah, membaiki, penghormatan, pergi ke tempat yang dikira mulia, haji, mengalahkan seseorang dalam debat, merayu, berdebat, hujah, menahan diri.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 33 kali dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah َيُحَاجُّوا (mereka menghujah) dalam Baqarah:76
Kalimah تُحَاجُّونَ (kamu berhujah-hujahan) dalam Baqarah:139
Kalimah حُجَّةٌ (hujah) dalam Baqarah:150
Kalimah حَجَّ (telah mengerjakan Haji) dalam Baqarah:158
Kalimah الحَجِّ (ibadah Haji) dalam Baqarah:189
Kalimah حَآجَّ (dia telah berhujah) dalam Baqarah:258
Dan sekarang kita lihat kalimah حَاجُّوا (mereka telah berhujah)
Mufradat 1,420: kalimah بَلَاغُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penyampaian’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 969 (Baqarah:196): ب ل غ yang bermaksud sampai, mendapat, mengejar, berkeinginan, menyampaikan komunikasi, berita etc, berusaha, pengumuman, cukup, kandungan, musibah, baligh, sejumlah wang.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 77 kali dalam Al-Qur’an.
Jadi kita sudah jumpa beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah يَبلُغَ (dia sampai) dalam Baqarah:196
Kalimah بَلَغنَ (mereka [wanita] telah sampai) dalam Baqarah:231
Dan sekarang kita melihat kalimah بَلَاغُ (penyampaian)
Ayat 3:21
Mufradat 1,421: kalimah يَأْمُرُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘mereka mengarah’.
Kata dasar sama dengan Mufradat 235 (Baqarah:27): أ م ر yang bermaksud perintah, kuasa, nasihat, mengepalai.
Kata dasar ini digunakan sebanyak 248 kali di dalam Al-Qur’an dalam 6 bentuk.
Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:
Kalimah َأَمَر (telah perintah) dalam Baqarah:27
Kalimah َتَأمُرُون (kamu menyuruh) dalam Baqarah:44
Kalimah ُيَأمُر (dia menyuruh) dalam Baqarah:67
Kalimah تُؤمَرُون (yang kamu diarahkan) dalam Baqarah:68
Kalimah أَمرِ (arahan) dalam Baqarah:109
Kalimah أمرًا (satu perkara) dalam Baqarah:117
kalimah أُمُورُ (perkara-perkara) dalam Baqarah:210
Kalimah أَمَرَ (dia telah arahkan) dalam Baqarah:222
Dan sekarang kita melihat kalimah يَأْمُرُونَ (mereka mengarah)
Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya
Kemaskini: 20 Mei 2021