Mufradat Mukasurat 36 (Baqarah 225 – 230)

Mufradat Mukasurat 36 (25 mufradat baru)

5970FA1D-8E08-480B-BF64-BD7F604FFAD7

Ayat 2:225

Mufradat 1,075: kalimah يُؤَاخِذُ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘mengira’, ‘mengenakan dengan tindakan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 343 (Baqarah:48): أ خ ذ yang bermaksud mengambil, menerima, terkesan, memberi kesan, menangkap.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 273 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,076: kalimah لَغوِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tidak dimaksudkan’.

Kata dasar: ل غ و yang bermaksud bercakap karut, melakukan kesalahan sengaja atau tidak, menggunakan perkataan yang sia-sia, bercakap kosong, buat bising, terlepas cakap, bercakap tanpa maksud, cakap meraban.

Dalam bahasa kita pun biasa pakai kalimah: lagha.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 11 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,077: kalimah حَلِيمٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penyantun’.

Kata dasar: ح ل م yang bermaksud mimpi, mendapat gambaran, sampai baligh.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 21 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:226

Mufradat 1,078: kalimah يُؤلُونَ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘ sumpah ila’ ’.

Kata dasar: أ ل و yang bermaksud tidak lengkap melakukan sesuatu, perlahan, lemah, tidak meninggalkan, sumpah, pemilik, yang menjaga.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 37 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,079: kalimah تَرَبُّصُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘masa menunggu’.

Kata dasar: ر ب ص yang bermaksud menunggu, kayu, menunggu peluang, menahan diri, orang yang menunggu.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 17 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,080: kalimah أَربَعَةِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘empat’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 364 (Baqarah:51): ر ب ع yang bermaksud empat, keempat, empat puluh.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 22 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,081: kalimah فَآءُو adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka kembali’.

Kata dasar: ف ي أ yang bermaksud kembali, balik, letak bawah penguasaan, tukar tempat, harta rampasan perang, tawanan perang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:227

Mufradat 1,082: kalimah عَزَمُواْ adalah dalam bentuk fi’il madhi jamak dan ia bermaksud ‘mereka berazam’.

Kata dasar: ع ز م yang bermaksud berazam untuk melakukan sesuatu, buat keputusan, mencadangkan, menjalankan resolusi, hati nekad.

Bahasa kita pun menggunakan kalimah ‘azam’ ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 9 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,083: kalimah طَلَـٰقَ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘cerai’.

Kata dasar: ط ل ق yang bermaksud bebas dari ikatan, cerai, ditolak, bertolak, mula melakukan sesuatu, ikut jalan sendiri, merdeka.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 23 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:228

Mufradat 1,084: kalimah مُطَلَّقَـٰتُ adalah dalam bentuk isim muannath dan ia bermaksud ‘wanita yang ditalak/dicerai’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 1,164 di atas.

 

Mufradat 1,085: kalimah قُرُوٓءٍ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kitaran bulanan’.

Kata dasar yang sama dengan Mufradat 896 (Baqarah:185): ق ر أ yang bermaksud baca, mengumpul, koleksi, pembacaan, penyebutan, penjelasan, mengkaji, menyiasat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 88 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,086: kalimah أَرحَامِ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘rahim-rahim’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 4 (Fatihah:1): ر ح م yang bermaksud kasih, belas kasihan, sayang, pemurah, suka, memaafkan, kelembutan, rahim ibu, perhubungan, bersangkutan kerana satu rahim (keluarga).

Kata dasar ini digunakan sebanyak 339 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,087: kalimah بُعُولَة adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘suami-suami’.

Kata dasar: ب ع ل yang bermaksud suami, berkahwin, bermain-main suami isteri, tuan, pemilik, ketua, yang ditaati.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,088: kalimah أَحَقُّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘lebih haq / lebih layak’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 208 (Baqarah:26): ح ق ق yang bermaksud betul, tepat, bernilai, patut, asli, fakta, kebenaran, sesuai, pasti.

 

Mufradat 1,089: kalimah رَدِّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pengambilan semula’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 565 (Baqarah:85): ر د د yang bermaksud menghantar balik, patah ke belakang, menolak, enggan, mengembalikan, ambil balik, ulang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 59 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,090: kalimah رِجَالِ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘lelaki-lelaki’.

Kata dasar: ر ج ل yang bermaksud berjalan kaki, diikat kaki, menyusukan anak, rambut kerinting, menyikat rambut, turun dengan tali, berjalan dengan semangat, kaki, askar, pemburu, lelaki, lelaki yang ada waris.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 73 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:229

Mufradat 1,091: kalimah مَرَّتَانِ‌ adalah dalam bentuk isim muthanna (dua) dan ia bermaksud ‘dua kali’. Ini adalah kerana penambahan ان di hujung kalimah ini. Kalau sekali sahaja, ia adalah مَرَّةٌ.

Kata dasar: م ر ر yang bermaksud melepasi, meneruskan, pergi, mengalir, menyeberangi sesuatu, datang kepada sesuatu, menjadikan sesuatu jadi pahit, mengheret sesuatu, menjatuhkan sesuatu, menahan sesuatu dengan kuat, mengomel, menggegarkan, terkena rasa pahit.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 35 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,092: kalimah إِمسَاكُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘penahanan’.

Kata dasar: م س ك yang bermaksud menahan, meneruskan, memegang sesuatu dengan kuat, terus memegang dengan kuat, menangkap sesuatu, menahan atau menawan seseorang, mengambil sesuatu dengan tangan, seorang yang bijak dalam membuat keputusan.

Kita biasa pakai kalimah ‘imsak’ semasa Ramadhan iaitu bermaksud menahan diri dari terus makan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 27 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,093: kalimah تَسرِيحٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pelepasan’.

Kata dasar: س ر ح yang bermaksud menghantar, melepaskan, membebaskan, bawa ke ladang ternak / padang ragut.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 7 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,094: kalimah يَحِلُّ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ dan ia bermaksud ‘dibenarkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 839 (Baqarah:168): ح ل ل yang bermaksud merungkai ikatan pada tali, menyelesaikan masalah, meleraikan, membebaskan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 51 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,095: kalimah أَلَّا adalah dalam bentuk harf dan ia bermaksud ‘adalah tidak’. Ia adalah gabungan harf أن (adalah) dan لا (tidak).

 

Mufradat 1,096: kalimah يُقِيمَا adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ muthanna dan ia bermaksud ‘mereka berdua mendirikan/menegakkan’. Penambahan huruf ا di hujung adalah tanda ia merujuk kepada dua orang.

Kata dasar sama dengan Mufradat 21 (Fatihah:6): ق و م yang bermaksud tegak berdiri, kukuh, bangkit berdiri, menguruskan, menjadikan sesuatu lurus, kaum, masyarakat, tempat tinggal, kedudukan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 660 kali di dalam Al-Qur’an dalam 22 bentuk.

Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah مُستَقِيم (yang tegak) dalam Fatihah:6

Kalimah َيُقِيمُون (mereka mendirikan) dalam Baqarah:3

Kalimah قامُوا (mereka telah berdiri) dalam Baqarah:20

Kalimah أقيموا (kamu dirikanlah) dalam Baqarah:43

Kalimah قَوْمِ (kaum) dalam Baqarah:54

Kalimah قِيَامَةِ (hari kebangkitan‘ atau ‘kiamat’) dalam Baqarah:85

Kalimah مَقَامَ (tempat berdiri) dalam Baqarah:125

Kalimah أَقَامَ (dia telah mendirikan) dalam Baqarah:177

Dan sekarang kita melihat kalimah يُقِيمَا (mereka berdua mendirikan/menegakkan)

Mufradat 1,097: kalimah تَعتَدُوا‌ adalah dalam bentuk fi’il mudhari’ jamak dan ia bermaksud ‘melampaui’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 279 (Baqarah:36): ع د و yang bermaksud melalui, mengabaikan, melanggar, jahat, kuda perang, musuh, permusuhan, ketidakadilan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 106 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 1,098: kalimah يَتَعَدَّ adalah dalam bentuk fi’il mudhari dan ia bermaksud ‘melampaui’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 279 (Baqarah:36): ع د و yang bermaksud melalui, mengabaikan, melanggar, jahat, kuda perang, musuh, permusuhan, ketidakadilan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 106 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:230

Mufradat 1,099: kalimah يَتَرَاجَعَآ adalah dalam bentuk fi’il mudhari muthanna dan ia bermaksud ‘mereka berdua rujuk kembali’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 128 (Baqarah:18): ر ج ع yang bermaksud pulang, patah balik, menyalahkan seseorang, kembali, ulang, jawab, bawa jawapan, dipulangkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 104 kali dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Februari 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s