Mufradat Mukasurat 27 (Baqarah 177 – 181)

Mufradat Mukasurat 27 (28 Mufradat baru)

E944CCAF-3DC0-4487-82D1-94B09A704D69

Ayat 2:177

Mufradat 892: kalimah لَيسَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘tidaklah’.

Kata dasar: ل ي س yang bermaksud tidak, bukan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 89 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 893: kalimah قِبَلَ adalah dalam bentuk isim dzarf makan dan ia bermaksud ‘ke arah’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 45 (Baqarah:4): ق ب ل yang bermaksud menerima, jumpa seseorang, mengadap seseorang, tunjuk persetujuan, dan banyak lagi. Kata dasar ini digunakan sebanyak 294 kali di dalam Al-Qur’an.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 294 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 894: kalimah ءَاتَى adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah memberikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 172 (Baqarah:23): أ ت ي yang bermaksud datang, kejar, bawa ke hadapan, tunjuk, bertambah, mengeluarkan, bawa, bayar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 549 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 895: kalimah سَّآٮِٕلِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘mereka yang bertanya’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 435 (Baqarah:61): س أ ل yang bermaksud bertanya, soalan, minta.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 129 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 896: kalimah رِقَابِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘hamba’.

Kata dasar: ر ق ب yang bermaksud menjaga, memerhati, melihat, menghormati, menunggu, di leher, memberi amaran, takut, mengawal, leher, hamba, tawanan perang.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 24 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 896A: kalimah أَقَامَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘dia telah mendirikan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 21 (Fatihah:6): ق و م yang bermaksud tegak berdiri, kukuh, bangkit berdiri, menguruskan, menjadikan sesuatu lurus, kaum, masyarakat, tempat tinggal, kedudukan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 660 kali di dalam Al-Qur’an dalam 22 bentuk.

Jadi kita sudah tengok beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah مُستَقِيم (yang tegak) dalam Fatihah:6

Kalimah َيُقِيمُون (mereka mendirikan) dalam Baqarah:3

Kalimah قامُوا (mereka telah berdiri) dalam Baqarah:20

Kalimah أقيموا (kamu dirikanlah) dalam Baqarah:43

Kalimah قَوْمِ (kaum) dalam Baqarah:54

Kalimah قِيَامَةِ (hari kebangkitan‘ atau ‘kiamat’) dalam Baqarah:85

Kalimah مَقَامَ (tempat berdiri) dalam Baqarah:125

Dan sekarang kita melihat kalimah أَقَامَ (dia telah mendirikan)

 

Mufradat 897: kalimah مُوفُونَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘mereka yang memenuhi’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 300 (Baqarah:40): و ف ي yang bermaksud mencapai ke hujung, memenuhi janji, menjalankan amanah, membayar hutang, menjalankan janji, mati.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 66 kali dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah lihat beberapa kalimah yang menggunakan kata dasar ini:

Kalimah أوفُوا (kamu penuhilah) dalam Baqarah:40

Kalimah ِأُوف (aku memenuhi) dalam Baqarah:40

Dan sekarang kita melihat kalimah مُوفُونَ (mereka yang memenuhi)

 

Mufradat 898: kalimah بَأسَآءِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kesempitan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 584 (Baqarah:90): ب س أ yang bermaksud kuat, nasib buruk, kemiskinan, buruk, teruk, jahat, hukuman, ujian, keberanian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 73 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 899: kalimah ضَرَّآءِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘kesusahan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 637 (Baqarah:102): ض ر ر yang bermaksud menyakiti, mengganggu, menyusahkan, kejahatan, kebuluran, waktu susah, penyakit, kematian, kehilangan, memaksa. Kalimah ‘darurat’ diambil dari kata dasar ini.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 74 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 900: kalimah صَدَقُواْ‌ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah membenarkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 178 (Baqarah:23): ص د ق yang bermaksud bercakap benar, membenarkan apa yang dikatakan orang, memenuhi janji, percaya kepada seseorang, beri sedekah, pujian.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 155 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 901: kalimah مُتَّقُونَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘orang-orang yang bertaqwa’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 33 (Baqarah:2): و ق ي yang bermaksud menjaga, memelihara, mempertahankan, berhati-hati, pakai perisai dan lain-lain.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 258 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:178

Mufradat 902: kalimah كُتِبَ adalah dalam bentuk fi’il madhi majhul dan ia bermaksud ‘telah diwajibkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 29 (Baqarah:2): ك ت ب yang bermaksud tulis, sebut, arahan, mendekatkan, kumpul, jahit, sesuatu yang ditulis, dan lain-lain lagi.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 319 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 903: kalimah قِصَاصُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘pembalasan’.

Kata dasar: ق ص ص yang bermaksud menyampaikan, memberitahu, ikut jejak seseorang, menjejaki, membalas, memutuskan, mengisytiharkan, menyebut.

Dari kata dasar ini kita gunakan kalimah ‘kisah’ dalam bahasa kita.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 30 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 904: kalimah قَتلَى‌ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘pembunuhan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 407 (Baqarah:54): ق ت ل yang bermaksud bunuh, tertuduh, cubaan membunuh, berperang, menguasai, mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali di dalam Al-Qur’an.

Jadi kita sudah jumpa beberapa contoh kata dasar ini digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah ٱقتُلُوٓاْ (kamu bunuhlah) dalam Baqarah:54

Kalimah َيَقتُلُون (mereka membunuh) dalam Baqarah:61

Kalimah قَتَلتُم (kamu telah membunuh) dalam Baqarah:72

Kalimah تَقتُلُونَ (kamu membunuh) dalam Baqarah:85

Kalimah يُقتَلُ (dibunuh) dalam Baqarah:154

Dan sekarang kita melihat kalimah قَتلَى‌ (pembunuhan)

 

Mufradat 905: kalimah حُرُّ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang yang merdeka’.

Kata dasar: ح ر ر yang bermaksud merdeka, bukan hamba.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 15 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 906: kalimah أُنثَىٰ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘perempuan’.

Kata dasar: أ ن ث yang bermaksud perempuan, keperempuanan, menjadi lembut.

Kerana itu kalau ada kalimah yang berjantina feminine, kita panggil sebagai muannath.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 30 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 907: kalimah عُفِىَ adalah dalam bentuk fi’il madhi majhul dan ia bermaksud ‘dimaafkan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 369 (Baqarah:52): ع ف و yang bermaksud memaafkan, banyak, melepasi, melupakan, membesar, berganda, menghapuskan semua kesan, beri lebih dari yang sepatutnya.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 35 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 908: kalimah أَخِي adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘saudara’.

Kata dasar: أ خ و yang bermaksud adik beradik lelaki, sama keturunan dengan seseorang, kawan, rakan, sepadan, rapat dengan seseorang, adik, kakak, abang, bersetuju dengan seseorang.

Kita selalu gunakan kalimah akhi, ukhwah, ikhwan dalam bahasa kita juga.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 96 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 909: kalimah ٱتِّبَاعُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ikuti’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 290 (Baqarah:38): ت ب ع yang bermaksud ikut, ekor langkah dari belakang dengan rapat, mengganti seseorang selepasnya, berterusan, pengikut, meniru, bantu, taat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 172 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 910: kalimah مَعرُوفِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘cara yang baik’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 581 (Baqarah:89): ع ر ف yang bermaksud tahu, kenal, dapat membezakan, wangian, mengenalkan diri, mendapatkan ilmu, tempat yang ditinggikan, bertanya tentang sesuatu, mulia, kebaikan, kebiasaan masyarakat.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 70 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 911: kalimah أَدَآءٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘tunai’. Mungkin ada yang biasa gunakan kalimah ini dalam lafaz niat solat.

Kata dasar: أ د ي yang bermaksud menjadikan sesuatu itu sampai, membawa sesuatu, bayaran penuh, bayaran tunai.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 6 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 912: kalimah إِحسَـٰنٍ‌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘baik’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 403 (Baqarah:58): ح س ن yang bermaksud cantik, baik, bagus.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 194 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 913: kalimah تَخفِيفٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘keringanan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 565 (Baqarah:86): خ ف ف yang bermaksud ringan, taat dan ikut arahan, mempercepatkan, bergerak dengan segera, cepat tangkap dan faham, terkesan kerana ketakutan, periang, bilangan sedikit, ada kekurangan.

Dalam bab toharah, ada najis yang disebut sebab ‘najis mukhafafah’ iaitu najis ringan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 17 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 914: kalimah ٱعتَدَىٰ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘melampaui batas’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 279 (Baqarah:36): ع د و yang bermaksud melalui, mengabaikan, melanggar, jahat, kuda perang, musuh, permusuhan, ketidakadilan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 106 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:179

Mufradat 915: kalimah أُوْلِى adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘orang-orang’, ‘golongan’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 337 (Baqarah:41): أ و ل yang bermaksud kembali, awal, datang sebelum, menjelaskan, mengawal, asal.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 170 kali dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 916: kalimah لبَـٰبِ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘berakal fikiran’.

Kata dasar: ل ب ب yang bermaksud mempunyai fikiran yang tajam, mempunyai hati yang baik, lembut dan penyayang, pandai, bijak, mempunyai intelek yang tinggi, akal.

Kalau baca Al-Qur’an, akan selalu terjumpa perkataan Ulul Albab.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 16 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:180

Mufradat 917: kalimah وَصِيَّةُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘wasiat’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 745 (Baqarah:132): و ص ي yang bermaksud menggabungkan, bergabung, tanaman yang lebat, wasiat, mencadangkan, memberi arahan dengan bijak, menyuruh, menggalakkan.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 32 kali di dalam Al-Qur’an.

 

Mufradat 918: kalimah أَقرَبِينَ adalah dalam bentuk isim jamak dan ia bermaksud ‘kaum kerabat’.

Kalimah قربى bermaksud ‘rapat’. Kata dasar yang sama dengan Mufradat 271 (Baqarah:35): ق ر ب yang bermaksud rapat, dekat, mendekati, di tangan, ahli keluarga, perhubungan rapat, mendekatkan kepada Allah, malam, qurban.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 96 kali dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 2:181

Mufradat 919: kalimah سَمِعَ adalah dalam bentuk fi’il madhi dan ia bermaksud ‘telah mendengar’.

Kata dasar sama dengan Mufradat 61 (Baqarah:7): س م ع yang bermaksud: mendengar.

Kata dasar ini digunakan sebanyak 185 kali dalam Al-Qur’an.

 

Allahu a’lam. Sambung ke mukasurat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Jun 2021

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s